Bajet 2011 : Biarlah Pembangkang Seperti Luncai Terjun Dengan Labu-labunya

KUALA LUMPUR, 17 Okt –  “Biarkan pembangkang seperti luncai terjun dengan labu-labunya….bagi kita lagi banyak pembangkang beri pandangan negatif maknanya Bajet 2011 itu amat baik tapi kalau pembangkang sokong maka bajet itu bakal bawa kemusnahan”, demikian menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Harun.

Jelas beliau lagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan bukan saudagar mimpi tetapi saudagar realiti yang tahu mengukur kemampuan untuk mencapai kejayaan dalam misinya menjadikan negara sebagai negara maju yang berpendapatan tinggi.

“Kalau kita layan pembangkang kita pun macam dia juga.. biarlah luncai terjun dengan labu-labunya…biarkanlah pembangkang berkhayal dengan sentimen mereka.

“Datuk Seri Najib adalah pemimpin yang bersistematik yang bekerja secara teratur  yang mengukur langkah demi langkah dan dia amat spesifik dalam kerjanya dan amat objektif dalam pemikirannya dan dia tahu kalau dia datang dengan bajet yang terlalu ‘ambitious’ dia akan jadi angan-angan mat jenin”,  katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online di sini, hari ini sebagai mengulas pelbagai pandangan negatif pihak pembangkang terhadap Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di parlimen Jumaat lalu.

Jelas beliau lagi bajet yang dibentangkan Perdana Menteri adalah langkah pertama ke arah menjana kehidupan ekonomi berpendapatan tinggi.

“Apapun mestilah ada kunci untuk membuka pintu jadi ini tahun pertama Rancangan Malaysia ke 10, tahun pertama sebelum menuju tahun 2020 mesti ada kunci yang nak dibuka… jadi nak buka pintu gerbang tak boleh buka untuk bawa segala-galanya masuk.

“Yang jelas Bajet 2011 beri manfaat kepada semua kalau kita lihat ia merangkumi segenap aspek kehidupan.  Di mana pembangkang kata bajet ini kosong dan bajet ini tak menjana pendapat tinggi….wah hebat tahun pertama dia dah boleh ukur untuk tahun 2020….nampak sangat pembangkang kurang analisa dan kritik ikut emosi”, ujarnya.

Justeru tegas beliau tidak perlulah mengikut rentak tari pembangkang yang jelas selama ini sentiasa berfikiran songsang. -MediaUMNO

Lagi Berita