BN Umum Calon Batu Sapi Ahad

KOTA KINABALU 18 Okt. – Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi akan diumumkan di Sandakan pada Ahad ini.

Katanya beliau selaku pengarah operasi BN bagi pilihan raya kecil itu akan membuat pengumuman itu bersama dengan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan selaku yang juga timbalan pengarah operasi BN.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pemimpin-pemimpin komponen BN Sabah berkaitan pilihan raya kecil itu di sini hari ini, Musa berkata beliau yakin BN dapat mengekalkan kerusi itu berdasarkan kepada perkhidmatan yang telah diberikan oleh bnsejak dahulu lagi.

Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah, yang juga bendahari PBS, akibat nahas jalan raya baru-baru ini.

Pengundian ialah pada 4 Nov manakala penamaan calon ialah pada 26 Okt ini.

Musa berkata walaupun BN yakin dapat mengekalkan kerusi tersebut, itu tidak seharusnya menjadikan jentera parti berasa selesa dan mengambil mudah.

Lagi Berita