Musa Aman Pengarah Pilihan Raya BN Batu Sapi

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, dilantik sebagai pengarah pilihan Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika mengumumkan demikian, berkata calon BN bagi kerusi Parlimen itu juga akan diumumkan pada 24 Oktober bersama-sama pengumuman calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Lagi Berita