Saya Tidak Silap Terhadap Anwar – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR 18 Okt – Pertuduhan baru terhadap  kes liwat Anwar Ibrahim membuktikan bahawa dakwaan sebelum ini bukanlah suatu konspirasi untuk menjatuhkannya seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika benar apa yang dilakukan olehnya terhadap Anwar sebagai konspirasi untuk menjatuhkannya, mengapa terdapat masih terdapat lagi dakwaan dan pendedahan terhadap salah laku Anwar oleh orang lain.

“Tidak semesti apa saya buat selalu betul, kadangkala saya buat kesilapan tetapi bagi kes Anwar Ibrahim, tindakan saya betul  (disambut dengan tepukan gemuruh)

“Saya sudah lama tidak menjadi Perdana Menteri tetap kerajaan itu mengambil keputusan untuk memperbetulkan keputusan saya, tetapi kerajaan itu juga mengenakan dakwaan sama seperti apa yang saya lakukan.

“Mereka kata apa yang berlaku itu adalah suatu konspirasi terhadap sesiapa yang menentang saya tetapi ini bukanlah kepada konspirasi tapi ia adalah suatu kebenaran,” katanya menjawab soalan peserta Forum Antarabangsa UMNO selepas menyampaikan ucaptama.

Menurutnya, apa yang diajukan oleh peserta berhubung kes berkenaan  bukanlah perkara baru, malah acap kali diajukan oleh sama ada pemberita dan peserta forum atau seminar yang dihadiri di dalam atau luar negara.

Berhubung tuduhan mengatakan kerajaan ketika kepimpinan beliau mencampuri urusan pihak berkuasa dan mahkamah, Dr Mahathir menjelaskan bahawa beliau tidak pernah mencampuri sebarang urusan berhubung kes berkenaan.

“Jika polis membuat keputusan tentu orang boleh mempertikaikannya tetapi dengan memperkatakan kerajaan memanipulasi pihak polis, tetapi saya ingin  mengingatkan bahawa jika membabitkan kebenaran, kita perlu mempunyai keyakinan,” katanya.

Beliau berkata untuk membuat manipulasi dalam apa-apa pertuduhan  bukanlah membabitkan suatu kelompok  yang kecil tetapi membabitkan ramai orang dan untuk melakukannya bukanlah suatu perkara yang mudah.

Menurutnya, sepanjang perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau tidak pernah bertemu dengan pihak kehakiman secara peribadi seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak terutama membabitkan kes Anwar Ibrahim.  -MediaUMNO.

Lagi Berita