BN Sedia Berdepan Tentangan Di Batu Sapi

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak gentar untuk berdepan dengan mana-mana calon dalam pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, 4 November nanti.

Katanya, BN tidak kisah parti mana yang akan mencabar calonnya kerana yang penting adalah tanggungjawab terhadap rakyat dan amanah yang diberi dilaksanakan dengan sempurna.

“Ahli-ahli kompenan BN telah bersetuju untuk meletakkan calon dari parti PBS seperti masa lalu juga. Kita tidak peduli siapa atau parti mana pun yang akan menjadi lawan kita,” ujarnya.

Berkaitan dengan jentera pilihan raya dan pelaksanaan gerak kerjanya, beliau yakin bahawa BN akan bergerak lancar melaksanakan tanggungjawabnya.

“Kita sentiasa bekerja keras dan setiap masalah diselesaikan dengan baik. Kita sentiasa membela nasib rakyat dan berusaha membangunkan kawasan Batu Sapi dan Sabah secara keseluruhan,” katanya dalam temubual secara eksklusif dengan umno-online.com.

Katanya lagi, beliau percaya bahawa tidak ada isu besar yang akan dihadapi oleh BN dalam pilihan raya tersebut.

“Tapi kita sedia maklum bahawa parti pembangkang ini selalu buat macam-macam perkara termasuk hal-hal remeh. Kita sebaik-baiknya mahu menangkis fitnah dan hasutan yang sengaja diputarbelitkan oleh pembangkang.

“Tapi kita sedia maklum bahawa parti pembangkang ini selalu buat macam-macam perkara termasuk hal-hal remeh. Kita sebaik-baiknya mahu menangkis fitnah dan hasutan yang sengaja diputarbelitkan oleh pembangkang.

“Kita bersedia menghadapi apa jua yang mereka lemparkan dan akan beri penerangan serta penjelasan yang sebaik mungkin.”

Dalam kesempatan ini, beliau melahirkan penghargaannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden BN kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk menjadi pengarah dalam pilihan raya kecil di Sabah.

“Saya sudah pun memanggil semua ketua-ketua parti kompenan BN di Sabah untuk menggerakkan jentera di semua peringkat bahagian, cawangan dan akar umbi. Kita yakin bahawa tidak ada sebarang masalah yang akan kita hadapi berdasarkan kepada trek rekod BN di sini,” katanya.

Menyebut berkaitan calon pula, Musa memberitahu bahawa BN tentunya akan mengutamakan kehendak rakyat kerana calon tersebut akan mendampingi mereka sekiranya menjadi wakil rakyat di kawasan terbabit.

“Kita akan pilih orang sebagaimana yang dimahukan oleh rakyat, diterima oleh parti dandapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Calon ini penting supaya rakyat boleh menerima mereka dengan baik.” – MediaUMNO.

Lagi Berita