UMNO Model Parti Politik Terbaik – Jose De Vecia

philiphine-joseKUALA LUMPUR, 19 Okt – Pengerusi Persidangan Antarabangsa Parti Politik Asia (ICAPP), H.E. Jose De Vecia Jr. memberitahu, UMNO adalah parti politik yang wajar menjadi contoh dan model kepada negara-negara di peringkat antarabangsa.

Katanya, ini kerana UMNO adalah parti yang berjaya membawa perubahan besar kepada landskap Malaysia bukan sahaja dunia politik tetapi mendukung aspek kehidupan keseluruhan termasuk ekonomi dan pembangunan sosial.

“UMNO dalam Barisan Nasional adalah contoh parti yang mampu menerajui pencapaian dengan konsisten khususnya dalam ketamadunan baru berlandaskan kepada kebudayaan dan kepelbagaian etnik dan membentuk satu masyarakat harmoni,” katanya kepada umno-online.com.

De Vecia yang juga ahli Kogres Filipina adalah antara pembentang kertas kerja dalam forum antarabangsa yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2010 bertemakan ‘Pembentukan Warga Global : Liberalisasi Media dan Reliati Baru Politik’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Katanya, apa yang telah dilakukan oleh UMNO sejak penubuhannya adalah sesuatu pencapaian luar biasa yang amat dikagumi oleh negara-negara sedang membangun malah turut mencuri perhatian negara maju.

“Malaysia telah menunjukkan keajaiban dalam ekonomi, kemajuan pembangunan sosial dan kepimpinan negara termasuklah apabila membincangkan hal-hal berkaitan globalisasi itu sendiri.

“Malaysia telah menunjukkan keajaiban dalam ekonomi, kemajuan pembangunan sosial dan kepimpinan negara termasuklah apabila membincangkan hal-hal berkaitan globalisasi itu sendiri.

“Sekarang Malaysia bergerak menuju masa hadapan dengan matlamat jelas iaitu untuk mencapai negara bangsa yang maju pada tahun 2020. Ini adalah cabaran terbesar, tapi saya rasa Malaysia mampu mencapainya,” ujar beliau.

Beliau yang amat mengagumi kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa perkara yang menjadi keutamaan adalah kebolehan untuk berdikari sendiri tanpa bergantung kepada mana-mana negara lain.

“Kita bukan sahaja perlu bersikap nasionalis tetapi mesti inter-nasionalis iaitu sebagai satu cara untuk memastikan diri kita mampu berdepan dengan cabaran dunia global. Tidak ada apa yang perlu kita takutkan dengan globalisasi,” tegasnya lagi. – MediaUMNO

Lagi Berita