Anak Sosilawati Sertai Puteri UMNO

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Anak sulung pengasas kosmetik terkenal allahyarham Sosilawati Lawiya iaitu Erni Dekrinawati Yuliana Bukhari muncul dalam dewan Persidangan Perhimpunan Pergerakan Puteri UMNO di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Kehadiran Erni membawa satu tujuan iaitu menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang kemudiannya disambut dengan tepukan gemuruh oleh para perwakilan.

Dewan yang sebelumnya gamat dan meriah dengan suara pembahas bertukar syahdu apabila Timbalan Pengerusi Tetap Pergerakan Puteri yang mempengerusikan persidangan meminta para perwakilan sama-sama bersedekah surah Al-Fatihah kepada allahyarham Sosilawati Lawiya dan mereka yang sama-sama menjadi korban tragedi pembunuhan kejam tersebut. – MediaUMNO

Lagi Berita