Pemimpin Pembangkang Tidak Habis Belajar

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Kemelut kekalutan yang melanda parti pembangkang hingga jadi caca merba adalah berpunca daripada pemimpinya yang tidak habis belajar ketika berada dalam UMNO dahulu.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata apabila pemimpin tersebut cuba meniru cara UMNO menyebabkan parti terbabit kini tunggang langgang.

“Parti satu lagi yang tiru serba serbi tentang kita ini semua belajar tidak habis. Apabila belajar tidak habis itu jadi ajaran sesat. Ajaran sesat ini tidak habis. UMNO ini parti keramat. Mana yang yang tidak ada perjuangan yang betul kita buang, yang mana ada kepentingan diri kita bersihkan, yang mana rakus kita buang,

“Sebab itu dia terkeluar. Apabila tidak habis belajar dengan UMNO bila buat parti, itu yang jadi cacamerba. Buat persidangan tidak menang ditukarnya undi. Macammana nak menang orang-orang yang kalah dalam UMNO dulu tidak pernah menang. Tidak pernah menang apa jawatan, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO  di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC, di sini, hari ini.

Tegasnya apa yang berlaku kepada parti pembangkang sepatutnya memberi iktibar kepada mana-mana ahli dan pemimpin UMNO agar tidak mengkhianati amanah parti.

“Ini semua orang tidak habis belajar. Yang nak bertanding Timbalan Presiden itu kalau tidak dilantik tidak ada tempat tetapi sebab kuasa cara mudah, ada ilmu tetapi belajar tidak habis. Keluar tipu rakyat dapat timbalan presiden, naib presiden, wakil rakyat dan sebagainya.

“Kita berada dalam satu parti keramat dan kalau dipanggil keramat, buat tidak betul ada daulat. Kepada semua termasuk saya kita fikirkanlah benda ini agar kita terus sama-sama membawa parti dan institusi Pemuda ke arah yang lebih cemerlang,” katanya. -MediaUMNO

Lagi Berita