Kad Skor Nilai Tambah KPI Pemuda – Khairy

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin menyifatkan cadangan untuk memperkenalkan ‘Kad Skor’ bagi menilai tahap prestasi dalam masa dua tahun akan datang adalah satu cadangan yang baik.

Menurut beliau pengenalan sistem ‘Kad Skor’ tersebut merupakan nilai tambah kepada sistem petunjuk prestasi utama (KPI) yang diperkenalkan kepada ketiga-tiga sayap UMNO tahun lalu dan ianya  perlu digunapakai untuk setiap peringkat.

“Namun dari segi perlaksanaanya ia perlu ada kriteria yang berbeza di setiap peringkat. Kita akan kita bincang mengenai perkara ini  dan saya tadi  telah sempat berbincang dengan Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

“Kita akan cadangkan perkara ini dibawa kepada  jawatakuasa pengurusan untuk kita buat “template” dan skor kad itu mestilah ada kriteria yang berbeza. Takkan Ketua Pemuda Cawangan ada kriteria yang sama dengan Ketua Pemuda UMNO  Malaysia,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Selasa.

Beliau seterusnya  menyifatkan ucapan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan sesuatu yang  amat ”balance”.

“Beliau mengimbangi antara sentimen Melayu dengan sentimen bukan Melayu . Jadi apabila kita sebut bahawa kita tidak perlu bersikap apologetik , maksunya  apabila kita memperjuangkan untuk bangsa untuk orang Melayu dan tidak merampas hak orang lain dan tidak memingirkan orang lain, tidak melukakan hati orang lain kita tidak perlu apologetik.  Kita perlu terus dengan agenda bangsa kita dengan syarat keadilan itu kita buat untuk semua,”katanya.

“Jadi keseluruhannya saya amat kagum dan saya amat terima kasih kepada  Tan Sri Muhyiddin kerana beri ransangan kepada kepda Pemuda tetapi lebih penting daripada itu telah membuka lembaran progresif  dalam UMNO dengan lebih luas lagi,”katanya.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Datuk Razali Ibrahim berkata pergerakan itu akan turun ke akar umbi bagi memberi penjelasan yang sebenar agar semua pihak memahami apa yang dilontarkan oleh Timbalan Presiden UMNO itu.

“Beliau telah memberikan penjelasasan dalam konteks tersebut dengan menyatakan bahawa tidak salah berbangsa-bangsa kerana itu telah dijanjikan oleh Allah tetapi yang lebih penting bukan kita melebihkan bangsa kita tetapi hendaklah berlaku adil kerana adil itu mendekatkan diri  keapda ketakwaan.

“Yang ini harus kita sampaikan kepada kaum-kaum lain bahawa orang Melayu yang berpegang kepada ajaran Islam akan tetap berlaku adil kerana tidak boleh menolak wujudnya bangsa dan suku tetapi bangsa dan suku itu tidak boleh melebihi keadilan dan ketaqwaan itu yang perlu kita sampaikan dan difahami oleh seluruh kepimpinan.

“Ini adalah jaminan yang betul-betul jelas pada kaum-kaum lain bahawa kita akan teruskan agenda ini, cuma mungkin diselitkan didalam penyampaian bahawa UMNO kelihatan sebegini kerana ada pihak yang sanggup menggadaikan apa jua kerana kuasa dan matlamat mereka hanyalah untuk memperolehi kuasa.

“Namun belum sampai ke arah itu mereka telah meruntuhkan perpaduan di kalangan rakyat yang akhinya tidak menguntungkan sesiapa. Seperti pepatah ada menyebut, yang menang jadi arang yang kalah jadi abu,” katanya.

Beliau seteruysnya menarik bafas lega dengan jaminan yang diutarakan oleh Tan Sri Muhyiddin bahawa arah tuju UMNO  itu kekal dengan memberi jaminan kaum lain tidak dipingggirkan.

“Pertamanya saya sudah tentu tarik nafas lega bilamana Timbalan Presiden parti dapat terjemahkan transformasi yang dimaksudkan bila beliau menyatakan bahawa perjuangan arah tuju UMNO  itu kekal dengan memberi jaminan kaum lain tidak dipingggirkan.

“Begitu juga beliau nyatakan bahawa UMNO ini bukanlah satu parti perkauman tetapi parti kebangsaan yang terbukti bahawa tidak pernah dalam sejarah pentadbiran UMNO dan BN menzalimi mana-mana pihak seperti yang berlaku di tempat-tempat lain yang mengamalkan “racist” perkauman.

“Saya percaya orang Melayu sesama Melayu yang memberi jaminan hak di bawah Perlembagaan di samping memberikan jaminan yang sama kepada bukan Melayu kerana menakrifkan bahawa masa depan negara adalah hak mustahak untuk kita jaga dan mesti dipupuk dan dipelihara. Bagi saya akan kita bawa ke bawah,”katanya.

Lagi Berita