Saranan Muhyiddin Untuk Kepentingan Semua – Shahrizat

KUALA LUMPUR 19 Okt – Wanita UMNO bersetuju dengan saranan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa jika orang Melayu berpecah belah kesan itu juga akan turut dirasai oleh kaum lain di negara ini.

Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, berkata kaum-kaum lain di negara ini tidak perlu khuatir dengan agenda UMNO yang memperjuangkan orang Melayu kerana ia tidak mengenepikan agenda bangsa lain .

‘Wanita amat setuju bila Tan Sri kata kalau orang Melayu berpecah belah mustahil negara kita akan stabil, aman atau pembangunan dan kemajuan dapat dilaksanakan, kunci utama adalah orang Melayu perlu bersatu padu bawah payung naungan Barisan Nasional dan cara ini kita boleh maju ke depan.

“Kalau orang Melayu berpecah belah,  impak kepada kaum-kaum lain, bagi pihak wanita, saya amat bersetuju dengan apa yang  dikatakan oleh Tan Sri tadi. Kalau orang Melayu berpecah belah, akan hancur negara kita,” katanya di sidang media selepas Majlis Perasmian Serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Presiden UMNO.

Menurut, apa yang diucapkan ketika perasmian itu menunjukkan dengan jelas bahawa timbalan presiden menyambut Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa perjuangan UMNO adalah perjuangan inklusif.

“Walaupun dalam teras perjuangan UMNO adalah untuk orang Melayu dan Bumiputera, perjuangan Melayu adalah sesuatu agenda teras, tetapi kini tidak bermakna kaum-kaum lain diketepikan , malah satu perjuangan yang adil dan saksama.

“Kaum-kaum lain tidak boleh merasa kejayaan kunci utama adalah perpaduan kesatuan orang Melayu, saya ucapkan syabas dan jelas kepada Tan Sri bahawa jangn sesiapa takut kepada agenda Melayu di  bawah perjuangan UMNO kerana agenda Melayu tidak mengenepikan pembangunan kaum-kaum yang lain, malah sama sahaja untuk menentukan negara kita aman dan makmur.

Berhubung cadangan sistem penilaian pada setiap pemimpin di semua peringkat,  Shahrizat berkata perkara itu adalah satu cadangan yang baik dan perkara itu akan dibincangkan di pergerakan Wanita UMNO.

“Satu cadangan yang baik dan saya akan bincang dengan exco  semua pemimpin mesti ada, kita tak ada satu sistem yang telus yang boleh kita ambil. Kita ada laporan tiap-tiap bulan, itu tidak mencukupi, kita akan meletakkan tahap pentadbiran yang baik, wanita bersetuju,” katanya.

Beliau berkata, dengan adanya sistem penilaian itu, UMNO dapat menilai tahap kepimpinan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. – MediaUMNO

Lagi Berita