Sahut Cabaran Presiden – Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR 21 Okt – Semua ahli UMNO tanpa mengira kedudukan pangkat atau jawatan di semua peringkat perlu menyahut cabaran yang dilontarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung UMNO ke 2010.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, apa yang dinyatakan itu adalah untuk mengembalikan UMNO sebagai sebuah parti yang kuat dan jitu walaupun menghadapi pelbagai masalah yang dilalui  sebelum ini.

“Ini lah ucapan yang dinantikan seluruh perwakilan dan ahli-ahli UMNO, dia telah mencabar dan cabaran  itu sungguh hebat , presiden cuba mengimbau beberapa cabaran yang dilalui oleh UMNO,malah pengasas UMNO sendiri pernah meninggalkan UMNO, begitu juga dengan cabaran ketika UMNO diharamkan,” katanya di sidang media selepas ucapan dasar Presiden UMNO.

Katanya lagi, ahli-ahli UMNO termasuk di akar umbi perlu bersama-sama mengatur strategi dan membuat perancangan bagi memastikan Putrajaya dipertahankan daripada pihak yang bercita-cita untuk merampasnya.

“Perlu menyusun langkah mengatur strategi dan kita pemimpin UMNO dan seluruh ahli UMNO, pemimpin akar umbi akan mempertahankan Putrajaya , kegagalan dan  masalah yang dihadapi ketika Pilihan raya UMUM 2008 bukanlah suatu kegagalan, tetapi satu pengajaran yang perlu kita ambil,” katanya.

Zahid berkata, presiden menyeru kita untuk kembali dan tinggalkan segala permasalahan yang berlaku   bagi memastikan UMNI terus utuh dan kuat bukan sahaja untuk memperjuangkan nasib orang Melayu sahaja tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa. – MediaUMNO.

Lagi Berita