Kelantan Kerajaan Abu Nawas, Menteri Besar Kuat ‘Auta’

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Kerajaan Pas Kelantan diibaratkan sebagai kerajaan Abu Nawas kerana Menteri Besarnya yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah seorang pemimpin yang kuat ‘auta’.

Datuk Alwi Che Mat yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Kelantan ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden mendedahkan bagaimana beliau menjadi  mangsa kepada Nk Aziz pada persidangan Dewan Undangan (DUN) Negeri Kelantan.

“Saya tanya kenapa terlalu marahkan UMNO hingga sanggup berkawan dengan syaitan dan iblis, malah hingga sanggup mendoakan perkara yang tidak baik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w  ketika ditanya bagaimana untuk masuk syurga, baginda menjawab sebanyak tiga kali iaitu jangan marah. Bagaimanapun Nik Aziz kata beliau akan menjawabnya pada sebelah petang.

“Ketika menjawab soalan berkenaan, Nik Aziz kata nafsu tidak boleh ditahan. Ia mesti dikeluarkan. Sebab itulah tok-tok guru semuanya kena kahwin…kalau tidak kahwin tidak ada maknanya dan jadilah macam paderi.

“Saya kemudiannya bangun. Saya kata , yang saya tanya adalah nafsu amarah dan jawapan yang diberikan adalah nafsu syahwat. Saya tanya buah oren kenapa pula dijawabnya buah epal. Tengok bagaimana dia pusing,” katanya .

Alwi yang juga Ketua Penerangan UMNO Kelantan menegaskan, kerajaan Pas Kelantan bukan sahaja  gagal dalam pengurusan, malah turut gagal meningkatkan mercu syiar Islam.

“Saya juga pernah bertanya di dalam dewan persidangan..Apakah kegemilangan Islam yang telah dicapai oleh kerajaan Kelantan. Lalu dijawab oleh Nik Aziz kegemilangan Islam yang dibawa ialah bahawa pemindahan akaun kerajaan negeri kepada Bank Islam.

“Saya kata, letak duit di dalam Bank Islam itu bukanlah kecemerlangan Islam tetapi penubuhan Bank Islam itu sebenarnya kejayaan dan ia adalah hasil usaha UMNO. Naik kapal bukan kejayaan tetapi bina kapal itu adalah satu kejayan,” katanya sambil mednapat tepukan gemuruh para perwakilan.

Katanya, pakatan pembangkang hari ini umpama pakatan “Ahzab” iaitu sebuah pakatan pada zaman Rasulullah s.a.w yang mahu menghancurkan kerajaan Islam yang baru ditubuhkan di Madinah.

Katanya, pakatan pembangkang hari ini umpama pakatan “Ahzab” iaitu sebuah pakatan pada zaman Rasulullah s.a.w yang
mahu menghancurkan kerajaan Islam yang baru ditubuhkan di Madinah.

“Pakatan “Ahzab” pada waktu itu dianggotai oleh pakatan musyrik Mekah yang mengandungi beberapa parti. Sebab itulah dinamakan peperangan “Ahzab” iaitu peperangan parti.

“Pada waktu itu orang munafiq Madinah, yahudi bersama kaum bani Al-Mustalaq berkumpul di tengah-tengah tanah arab bersatu untuk hancurkan sebuah kerajaan Islam. Rasulullah s.a.w akhirnya memohon dan berdoa kepada Allah memohon perlindungan.

“Saya nampak pakatan ini sama dengan sebelah sana yang kononnya diketuai oleh orang Islam sedangkan pada hakikatnya adalah tidak benar sama sekali kerana Pas “junior partner”, PKR juga “junior partner”. Pakatan mereka sebenarnya dipelopori DAP yang mana bapanya ada di seberang sana iaitu PAP,”katanya.

Justeru katanya jangan biarkan pakatan terbabit menghancurkan Islam dengan memastikan UMNO terus kuat dan mantap untuk mempertahan serta meningkatkan lagi kejayaan dan kecemerlangan syiar Islam yang telah digarap sekian lama.

Tambah beliau, Islam yang menjadi pegangan orang Melayu di negara ini akan hancur sekiranya serahkan tampuk kepimpinan kepada PAS.

“Kalau nak harapkan PAS perjuangkan Islam, maknanya hancurlah Islam di negara ini. Pas ini celaru.

“Saya meminta agar Datuk Seri Presiden meneruskan kesinambungan perjuangan Islam berdasarkan sistem Piagam Madinah iaitu bersama dengan orang-orang bukan Islam untuk memerintah sebuah negara di mana Islam menjadi teras asas perjuangan,” katanya.

Lagi Berita