Pelik!! Suruh Bertaubat Tapi Terima Perlakuan Liwat..

Assalamulaikum!.Apa relevannya tiga wakil Cabang PKR dari Perak dan Pulau Pinang mewakili 60 ahli parti itu menghantar ‘memorandum taubat’ kepada Anwar supaya beliau segera bertaubat dalam kes berkaitan pertuduhan di mahkamah?

Mungkin bagi wakil kumpulan, Nor Hilmi Ismail dari Cabang Bayan Baru desakan itu bagi menjaga martabat perjuangan parti yang dilihat terjejas berikutan kes mahkamah Anwar.

Norhilmi serta wakil-wakil negeri yang menyerahkan memorandum tersebut pasti tahu bahawa ahli-ahli PKR memerlukan pemimpin yang dapat memberi sepenuh perhatian terhadap perjuangan parti dan bukan sebaliknya, iaitu hanya tertumpu kepada isu-isu peribadi.

Tetapi, tindakan mendesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim bertaubat cumalah sia-sia malah golongan yang melakukan desakan itu lah yang sepatutnya meninggalkan parti tersebut, bukannya Anwar.

Kumpulan itu juga tidak berpijak pada bumi nyata apabila berkata tidak mahu PKR digunakan untuk melindungi pemimpin daripada tindakan undang-undang sedangkan mereka telah menerima asas penubuhan parti itu ialah untuk membela Anwar.

Mereka sebenarnya membuang masa apabila menyuruh Anwar bertaubat.

Anwar tidak akan sesekali bertaubat kerana itu pasti akan menunjukkan kesalahannya sendiri. Sepatutnya mereka-mereka yang mendesak Anwar meletakkan jwatan tersebutlah yang perlu bertaubat dengan keluar PKR yang diterajui oleh Anwar.

Mereka-mereka ini tahu bahawa Anwar sudah tidak boleh memimpin, wajarlah mereka cari parti alternatif yang boleh memperjuangkan rakyat.

Tuntutan wakil-wakil AMK ini yang mahu Anwar bertaubat itu memberi gambaran bahawa mereka sudah tidak mempercayai Anwar selepas pendedahan demi pendedahan dibuat berhubung pertuduhan liwat terhadapnya.

Tetapi, ramai yang berasakan bahawa kumpulan terbabit cakap tak serupa bikin kerana tuntutan taubat itu membawa maksud mereka akan menerima Anwar sekiranya dia bertaubat walaupun pertuduhan yang dihadapinya amat buruk dan bertentangan dengan adab budaya masyarakat Melayu.

Apa maksud dengan menyuruh Anwar bertaubat apabila mereka percaya dengan maksiat dan kemungkaran yang telah dilakukan oleh Anwar? Apakah mereka-mereka ini bersetuju dengan segala perlakuan luar tabie Anwar?

Mereka-mereka ini hipokrit apabila mendesak Anwar bertaubat tetapi masih lagi menerima dan mahu mengekalkan Anwar sebagai pemimpin kepada parti mereka!

Che Wan

Lagi Berita