Komponen BN Harus Komited Berjuang Bersama UMNO

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Kurangnya minat kompenan BN  untuk bersama-sama berjuang bersama UMNO, punca kemerosotan sokongan kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu. Lebih memburukkan lagi keadaan, mereka turut sama mempertikaikan hak orang Melayu yang dahulunya tidak dipersoalkan,ujar wakil Negeri Sembilan, Datuk Jalaluddin Haji Alias ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden.

“Sebanyak 68% calon UMNO memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum yang lalu berbanding calon komponen Barisan Nasional yang hanya memperolehi kemenangan kurang dari 40%. Ini secara tidak langsung mencerminkan bahawa mereka tidak komited dalam usaha memperkasa Barisan Nasional demi kesejahteraan kerajaan dan rakyat.

Begitu baik kita dari UMNO di mana kawasan yang majoritinya Melayu kita berikan kawasan ini kepada calon bukan Melayu dalam komponen Barisan Nasional bertanding dengan harapan mereka akan membela nasib Melayu disitu, sebaliknya mereka mempersendakan kita dan bersongkol dengan bangsa lain untuk menjatuhkan orang Melayu,” ujarnya yang juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Negeri Sembilan.

Tambahnya, inikah balasan yang kita terima sedangkan kita begitu berkompromi dengan mereka. Sedarkah mereka bahawa kemenangan mereka dalam kawasan dan menjadi Menteri dalam kerajaan adalah disebabkan undi kita orang Melayu.

Malah jika pun calon komponen itu kalah, mereka tetap diserap dalam kerajaan untuk memegang portfolio yang tertentu. Ini semua adalah hasil dan jasa dari bangsa kita Melayu.

Dalam masa yang sama, golongan muda yang tergolong dalam kategori Pemuda dan Puteri adalah golongan harapan kita pada masa hadapan.

“Kita perlu salurkan kebolehan yang ada dalam diri mereka untuk persedian masa hadapan. Janganlah kita menolak mereka kerana ini akan merugikan UMNO.

Jatuh bangun Negara bergantung kepada golongan muda. Suara-suara mekanisma orang muda menjadi nadi penggerak Negara bagi memacu kearah ekonomi dan politik baru,” tambahnya.

Golongan ini perlu diasah agar bergerak pro-aktif dalam semua perkara termasuklah dalam hal-hal yang bertujuan mempertahankan bangsa Melayu dan penentangan terhadap tindak-tanduk pembangkang.

Persepsi rakyat terhadap golongan muda perlulah dihakis agar kita member laluan mudah untuk mereka maju kehadapan. Janganlah kita UMNO menolak mereka kerana tidak akan ada UMNO kelak tanpa sokongan dari golongan muda ini.

Lagi Berita