Pembahas Bijak Kemuka Hujah Transformasi UMNO

datuk bad-pengerusi tetap

KUALA LUMPUR, 22 Okt. – Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Paduka Badruddin Amiruldin melihat mutu perbahasan meningkat apabila hujah-hujah yang dikemukakan bernas dan menyokong transformasi Presiden ke arah meneraju kemakmuran.

Katanya, walaupun dari segi persembahan dalam perbahasan berbeza-beza tetapi ia mengandungi isi yang padat dan dapat dikongsi bersama oleh para perwakilan.

“Alhamdulillah perbahasan berjalan dengan lancar walaupun masa agak terhad tetapi saya akan cuba sedaya upaya supaya perwakilan yang mana telah diusahakan menjadi jurucakap akan dapat berbahas seperti mana yang telah dirancangkan,” katanya kepada umno-online.com.

Badruddin yang selalu menyampuk perbahasan seringkali menggamatkan Dewan Merdeka dan berseloroh kepada para para perwakilan dari 191 bahagian.

“Saya melihat transformasi yang diminta oleh Presiden mulai meresap dan sudah tentu kita akan bergerak bukan sahaja dari segi perjuangan tetapi juga dari segi ekonomi , agama dan akan terus bergerak untuk kita pertahankan perjuangan datuk nenek kita,” tegasnya.

Katanya, perjuangan bangsa Melayu tidak ada penamatnya dan akan berterusan dari satu generasi ke generasi seterusnya.
“Kita perlu terus berjuang. Ini adalah satu input-input baru yang telah disuntik oleh Presiden kepada ahli maka ahli kena mengambilnya sebagai wadah perjuangan untuk kita meneruskan kesejahteraan dan hak kita.”

Katanya, sebagai Presiden, Datuk Seri Najib akan memberi input baru untuk bergerak maju ke hadapan.

Perbahasan para perwakilan dengan usul ekonomi ditangguhkan sekitar 6.30 petang dan akan disambung semula esok pagi dengan usul agama dan pendidikan. – MediaUMNO

Lagi Berita