Pembangkang Manipulasi Pembangunan Demi Politik Sempit – Awang Adek

KUALA LUMPUR 22 Okt – Orang ramai khususnya rakyat di akar umbi disaran agar tidak terpengaruh dengan dakyah dan dongengan palsu serta hipokrit pembangkang yang memanipulasi pelbagai projek pembangunan kerajaan termasuklah cadangan pembinaan  menara warisan merdeka 100 tingkat.

Wakil Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussein  berkata  golongan hipokrit tersebut hanya tahu memanipulasi benda-benda terbabit dengan tujuan untuk me nimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan dan bukannya melihat sebagai satu projek memajukan infrastruktur negara.

Menurut beliau penyediaan projek besar, termasuk pembinaan bangunan pencakar langit cukup penting untuk menjanan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan menyediakan infrastruktur kelas pertama.

“Jangan tertipu dengan pembagkang kerana mereka tidak mahu mlelihat kita terus maju…yang mereka tahu hanya terus hasut rakyat..di negara maju, bangunan pencakar langit tidak ada masalah.

“Dulu mereka tidak setuju pembinaan Putrajaya, manakala pembinaan  jambatan Pulau Pinang juga jadi bahan politik….sekarang  mereka berlumba-lumba pula nak ke Putrajaya..manakala mahukan jambatan kedua turut  dipercepatkan…inilah hipokrit pembangkang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan cadangan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung UMNO 2010, di Dewan merdeka, PWTC, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya menegaskan Infrastruiur adalah yang terbaik untuk rakyat dan kebijaksanaan kerajaan adalah menyerahkan pembanghunan seperti itu kepada swasta dan mengawal perbelanjaan.

“Pembangkang tidak faham ekonomi berasaskan perkhidmatan. Pembangkang hanya tahu bertanya siapa yang dapat kontrak besar. Sebenarnya semua projek kecil dan besar adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju. Hasil daripada itu peluang ekonomi yang diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada ribuan kepada rakyat Malaysia.

“Kita perlu sayangkan negara. Kejayaan pembasmian kemiskinan adalah benar..Kejayaan pengiktirafan negara luar terhadapa  negara kita adalah benar. Ini berbeza dengan saudagar mimpi yang hidup dalam khayal. Mengadu  domba dengan cerita donengng tetapi tidak malu pula berhasrat ke putrajaya,”katanya.

Tambah beliau lagi, Malaysia telah berjaya mencapai kejayaan demi kejayaan kerana kebijaksanaan pemimpin negara dan bersikap adil kepada semua yang meyakinkan pelabur untuk melabur di negara ini.

“Sebab itu kita perlu tolak ektremis dan pelamapau. Tolak perpecahan sesama  Islam dan agungkan pemimpin bukan Islam, tolak politik yang terlalu taksub kepada seseorang pemimpin dan tolak politik yang  mengatakan  dia sahaja betul.

“Kita juga perlu tolak pemimpin yang tidak berbangga sebagai Melayu. Kita tidak perlu pemimpin angkuh, bangsa kita sedikitpun tidak akan merasa rugi tanpa orang seperti ini. Yang pasti parti kita amalkan kesederhanaan dan kita beri  keadilan kepada semua sehingga disalahanggap terlalu bermurah hati  kepada kaum lain,“ katanya.

Lagi Berita