Perkasa Industri Sukan – Wakil Pemuda

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Pemuda UMNO mencadangkan agar Industri sukan di negara ini diperkasakan memandangkan ia berpotensi besar menjadi penjana pendapatan tinggi kepada negara menjelang tahun 2020.

Wakilnyanya, Datuk Razali Ibrahim berkata industri berkenaan boleh  ditingkatkan kerana  negara memiliki banyak tempat menarik untuk kegiatan itu serta  banyak penganjuran kejohanan besar boleh diadakan.

“Pelaburan dalam industri ini, bukan sahaja menyumbang kepada ekonomi tetapi juga sosial dan kestabilan politik. Pelaburan dalam industri sukan tidak akan membazir dan ianya boleh berkembang maju,” katanya ketika berucap menyokong usul ekonomi pada Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Usul ekonomi itu dibentangkan oleh wakil Badan Perhubungan UMNO Kelantan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Razali, yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO, berkata sebagai bukti, industri  sukan menyumbang pendapatan kasar sebanyak USD410 bilion kepada Amerika Syarikat pada 2009.

“Dalam industri sukan nilai import negara Januari hingga Julai 2010 adalah sebanyak RM5.1 bilion manakala eksport negara bagi industri sukan dalam tempoh sama bernilai RM729 juta, ” katanya.

Beliau seterusnya berkata pelaburan membina Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah  mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak terutama Singapura yang mengakui bahawa republik itu sepatutnya sudah lama memiliki litar seumpama itu.

“Namun ianya mendapat kritikan dan tohmahan daripada pihak pembangkang yang kononnya membazir dan sebagainya. Mereka tidak nampak apa yang sebenarnya, ” katanya.

Kata beliau lagi, apa yang diungkapkan beliau itu bukanlah semudah apa yang diperkatakan kerana perlu diwujdukan satu perkara yang cukup mustahak untuk menjayakan agenda berkenaan iaitu dari segi pengurusan dana dan kemahiran halus.

“Justeru Pemuda ingin mencadangkan satu intitusi dana dan latihan yang boleh kita jadikan sebagai platform untuk bermula iaitu 1Malaysia Sports Corporation.

“Mengambil kira Perhimpunan Agung ini sebagai tempat dasar, maka Pemuda memohon ini dapat dilaksanakan kerana membincangkan sesuatu yang ada kelainan agar perkara ini dapat dibuat satu pertimbangan transformasi negara.

“Biar orang luar UMNO tahu bahawa kita bukan sahaja bincang agenda Melayu tetapi jauh lebih daripada itu untuk kepentingan semua, ” katanya.  -MediaUMNO

Lagi Berita