Sampai Masalah Liwat Pun Salahkan Orang Lain…..

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Pakatan pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ini masih terus diselubungi sindrom penafian bagi menutup pelbagai kemelut yang melanda parti itu.

Justeru tidak hairanlah segala permasalahan cuba dialihkan kepada pihak lain bagi mengaburi mata rakyat yang selama ini dijaja sebagai parti yang bersih, telus dan adil.

Demikian menurut bekas pemimpin PKR, Lokman Nor Adam yang menyifatkan PKR umpama pohon yang kian rebah.

“Kerja mudah untuk menutup malu adalah menyalahkan orang lain.  Apa saja masalah…lompat parti, baling kerusi, politik gangster, rasuah malah masalah kaki liwat sekalipun adalah berpunca dari pihak lain.

“Mereka kononnya cukup bersih, suci dan terhindar dari segala kesilapan.  Inilah politik dan perangai PKR dan rakan-rakan pembangkangnya yang lain. Mudah salahkan orang lain”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Beliau yang kini Exco Pemuda UMNO Malaysia seterusnya berkata ada tiga pendekatan yang diamalkan parti pembangkang.

Langkah pertama kata beliau buat penafian, kedua cuba alih isu dan ketiga salahkan orang lain.

“Lihat kes liwat Anwar…mula-mula nafi, lepas itu alihkan isu dan kemudian tuduh orang lain kononnya ada konspirasi.  Tengok Lim Guan Eng pula dalam kes wang judi untuk bantu orang miskin…mula-mula dia nafi, lepas tu cuba alihkan isu BN yang benarkan lesen judi dan akhirnya tuduh UMNO yang jadi dalang.

”Inilah wajah parti pembangkang yang lupa cermin diri. Namun rakyat boleh nilai dan kita percaya lagi banyak pembangkang mengamalkan sindrom nafi, lagi terserlah kepandiran mereka kerana rakyat tidak boleh dibohongi sepanjang masa”, ujarnya.

Lagi Berita