Sejarah Wajib Lulus Periksa – Puteri UMNO

KUALA LUMPUR 22 Okt – Pergerakan Puteri UMNO meminta Kementerian Pelajaran menjadikan mata pelajaran sejarah sebagai mata pelajaran wajib di sekolah bagi membolehkan generasi muda mengetahui mengenai sejarah negara ini dengan lebih mendalam.

“Jadikan mata pelajaran sejarah sebagai bukan sekadar subjek dalam pembelajaran, dia harus jadikan sebagai mata pelajaran wajib lulus periksa dan cara ini mereka dapat mengetahui mengenai sejarah dan dapat bendung masalah tidak faham mengenai apa yang berlaku sekarang.

“Cara belajar mata pelajaran itu perlu diubah, ikut peredaran zaman ,cara yang senang difahami dan mungkin boleh menyukai mereka untuk mengetahui sejarah,” kata Wakil Puteri UMNO,  Fahariyah Md Nordin yang ditemui selepas membahaskan Ucapan Dasar Presiden di Perhimpunan Agung UMNO 2010.

Berhubung isu perlembagaan dan kontrak sosial. Fahariyah berkata permasalahan itu berlaku kerana mereka tidak memahami bahawa kesejahteraan yang dinikmati itu hasil persetujuan yang berlaku dahulu oleh pemimpin terdahulu dan perkara itu seharusnya dipertikaikan lagi.

‘Apa yang berlaku sekarang berhubung perlembagaan dan kontak sosial kerana mereka menganggap iitu semua dilakukan oleh nenek moyang dengan mereka  dan tidak ada kena mengena dengan mereka, sebab itu kita mencadangkan penekanan subjek sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus periksa.

“Dengan penekanan ini, cara tak langsung mereka akan memahami mengenai sejarah, sama ada mereka suka atau tidak,” katanya.

Justeru itu, beliau turut mencadangkan kepada pucuk kepimpinan parti memberi ruang kepada Puteri UMNO menggunakan cara mereka sendiri dalam usaha mendekati golongan muda untuk kerana pendekatan masa kini adalah berbeza.

“Beri peluang kepada Puteri untuk melakukan mengikut acuan kami sendiri, kami yakin dapat mendekati mereka kerana golongan muda tidak boleh diasak dengan perkara-perkara berat, mungkin nampak mudah tapi berkesan,” katanya.

Menurutnya, Puteri UMNO sudah pun melaksanakan tapi berharap dapat sokongan dari semua pihak dalam usaha memastikan UMNO dan Barisan Nasional terus menjadi teras kepada kepimpinan negara. –MediaUMNO

Lagi Berita