Gugur Kes Liwat Cadangan Pemimpin Jahil Murakkab

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Cadangan untuk menggugurkan kes liwat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya untuk menarik pelabur asing melabur ke negara ini disifatkan sebagai satu cadangan dari pemimpin yang jahil murakkab, demikian menurut bekas pemimpin tertinggi PKR, Zahid Mat Arip.

Jelas beliau cadangan itu jelas memperlihatkan pemimpin pembangkang cuba menutup kebenaran dan menegakkan kebatilan.

“Daripada cadangan gugurkan kes liwat lebih baik pemimpin pembangkang cadangkan agar Anwar bersumpah muhabalah seperti yang dilakukan Saiful Azlan”, katanya.

Beliau berkata demikian sebagai membidas gesaan pemimpin Pas, Datuk Kamarudin Jaffar yang mencadangkan dakwaan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan demi memulihkan semula persepsi pelabur asing pada prospek ekonomi negara.

Sambil tertawa kecil beliau seterusnya menegaskan kerja-kerja meliwat tidak ada kaitan dengan keadaan ekonomi negara yang kini telah pulih.

“Masalah meliwat adalah masalah peribadi….biarlah mahkamah tentukan.  Sebagai pemimpin yang kononnya berjuang untuk Islam sepatutnya beliau perlu pertahankan kebenaran dan keadilan.

”Tapi kalau dia terus nak pamirkan kejahilan itu silakan supaya senang rakyat tolak pemimpin ini pada pilihanraya akan datang”, ujarnya.

Lagi Berita