Perubahan Untuk Keselesaan – Ab Rauf

KUALA LUMPUR 23 Okt –  Pengurusan UMNO sedia menerima apa jua komen atau maklum balas daripada semua pihak yang mengikuti Perhimpunan Agung UMNO 2010 sama ada perwakilan, wartawan dalam usaha menambah baik penganjuran perhimpunan serupa pada tahun akan datang.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Abl Rauf Yusoh, berkata sehingga kini beliau berpuas hati terhadap kelancaran perjalanan perhimpunan dan berkata itu semua adalah hasil kerjasama serta komimen yang ditunjukkan oleh kakitangan UMNO serta petugas  Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) .

“Pendekatan cara baru,  di mana kita memperkemaskan bentuk ruang-ruang perniagaan di dalam kompleks PWTC, yang kita telah kaji lebih setahun, adalah penting bagi kita untuk memastikan orang ramai, pelawat, pengunjung, pemerhati dan juga perwakilan mendapatkan keselesaan,” katanya ketika ditemui wartawan berikutan pembaharuan yang dilakukan oleh UMNO pada perhimpunan kali ini.

Menurutnya, pembaharuan yang dilakukan itu membuktikan bahawa UMNO mampu berubah bukan sahaja di kalangan ahlinya tetapi turut membabitkan penampilan baru di perhimpunan agung.

Berhubung dakwaan terdapatnya pilih kasih yang membabitkan pemberian lencana media Rauf berkata,  UMNO menerima sesiapa untuk membuat liputan tetapi jangan memanipulasi laporan yang dibuat

“Haruslah melaporkan benda yang benar dan nyata walaupun pada pandangan yang berbeza, sudut yang berbeza, tetapi kita mengharapkan bahawa yang benar itu biarlah tetap benar, jangan diputar belitkan,” katanya.

Ditanya sama ada terdapat “pencerobohan” berlaku pada perhimpunan kali ini, beliau berkata pihaknya belum mendapat maklumat rasmi mengenai perkara itu tetapi ada dimaklumkan terdapat kumpulan yang dihantar pihak tertentu untuk merisik intipati perhimpunan parti itu.

“Tetapi bagi Umno, kita menerima sesiapa juga untuk mendengar keikhlasan hati kita memperjuangkan nasib anak bangsa dan negara dan juga kita memberi pendedahan kepada sesiapa sahaja yang ingin mendengar perbahasan, mendengar pandangan pemimpin-pemimpin Umno dan mereka boleh mendengar di semua tempat yang kita paparkan secara terbuka,” katanya.

Beliau turut meminta pengendali laman portal berita Malaysiakini dan Malaysian Insider dapat memberikan liputan adil terhadap Umno memandangkan keterbukaan pihak Umno membenarkan mereka membuat liputan berita sempena perhimpunan.

“Haruslah melaporkan benda yang benar dan nyata walaupun pada pandangan yang berbeza, sudut yang berbeza, tetapi kita mengharapkan bahawa yang benar itu biarlah tetap benar, jangan diputar belitkan,” katanya. – MediaUMNO.

Lagi Berita