Sifat Pembangkang Menghukum, Bukan Menasihat – Fathul Bari

KUALA LUMPUR 23 Okt – Pembangkang disifatkan sebagai parti yang menghukum dan bukan menasihat sungguh pun mereka melaung-laungkan kononnya membawa hukum Allah.

Ilmuan Muda UMNO yang mewakili negeri Perlis, Fathul Bari Mat Jahya ketika membahaskan usul agama dan pendidikan berkata sikap berkenaan tidak dituntut di dalam Islam kerana jika mereka bersikap ikhlas mereka kena menasihat dan bukannya mengambil tindakan sedemikian rupa.

Menurut beliau agama sepatutnya dijadikan panduan dan pedoman kerana Islam meletakkan etika dalam membuat teguran.

“Tindakan pembangkang mengecam tindakan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Paduka  Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) yang mencetuskan kontroversi jauh tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.

“Mereka dengan sengaja memanipulasi isu berkenaan sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

“Sewajarnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur kerana Rosmah sekadar penaung semata-mata,” katanya.

Katanya, pembangkang, tanpa meneliti sesuatu perkara, bebas menghukum sedangkan orang Islam dituntut untuk menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu kenyataan.

“Tanpa meneliti hal-hal yang disebutkan tadi mereka terus menyerang dan menghukum. Adakah ini sikap sebagai seorang Islam yang membawa agama Allah SWT, yang mengakui mereka melaksanakan hukum Allah SWT dan mengakui mereka mempraktikkan hukum Allah SWT?

“Tanpa meneliti hal-hal yang disebutkan tadi mereka terus menyerang dan menghukum. Adakah ini sikap sebagai seorang Islam yang membawa agama Allah SWT, yang mengakui mereka melaksanakan hukum Allah SWT dan mengakui mereka mempraktikkan hukum Allah SWT?

“Jelas perbuatan-perbuatan seperti ini tersasar kerana Islam mendidik dan mengajar kita etika-etika dalam menasihati.

Beliau seterusnya berkata rakyat seharusnya mendoakan yang terbaik untuk pemerintah dalam memacu kecemerlangan pentadbiran negara.

“Kita perlu mendoakan yang terbaik untuk pemerintah dan bukannya mengutuk dan mengeji. Apakah pembangkang mendoakan yang terbaik untuk pemerintah,” katanya.

Beliau seterusnya menegaskan Malaysia adalah sebuah Negara Islam dan pada masa yang sama tidak menafikan kekurangan yang ada.

“Sebab itulah Presiden, Datuk Seri Najib mengajak kita melakukan transformasi bagi melengkapkan kekurangan yang ada,” katanya.

Kerana itu jugalah, katanya, transformasi agama perlu dilakukan bagi membetulkan ketidaksempurnaan tersebut.

“Transformasi agama bukan seperti transformasi teknologi atau tranformasi ekonomi. Transformasi agama bererti kita berusaha mengembalikan keadaan di mana manusia mempraktikkan agama yang sebenar, yang Allah s.w.t turunkan melalui Rasulnya Nabi Muhammad s.a.w,” katanya.

“Transformasi agama bukan seperti transformasi teknologi atau tranformasi ekonomi. Transformasi agama bererti kita berusaha mengembalikan keadaan di mana manusia mempraktikkan agama yang sebenar, yang Allah s.w.t turunkan melalui Rasulnya Nabi Muhammad s.a.w,” katanya.

Beliau seterusnya melahirkan kebimbangan tentang sikap sesetengah pihak yang seolah-olah maksum dalam perbuatan dan tidak memahami agama dengan tepat.

Mengungkap sejarah pembunuhan Sayyidina Ali Karramallah Wajhah, beliau berkata khalifah berkenaan dibunuh oleh orang Islam sendiri dan merupakan seorang guru al-Quran yang terkenal iaitu Abdul Rahman Ibnu Muljam.

“Sayyidina Ali dibunuhnya kerana Khalifah itu dikatakan tidak melaksanakan hukum Islam. Apabila Abdul Rahman ditangkap dan beliau dijatuhkan hukuman bunuh. Ketika hendak dilaksanakan hukuman bunuh itu, Abdul Rahman meminta badannya dipotong satu persatu agar merasai sebagai syahid. Inilah yang kita khuatirkan,” katanya.

Dalam ucapannya itu juga beliau mencadangkan agar Majlis Ulama UMNO ditubuhkan  untuk memastikan syiar Islam dapat diperluaskan.

“Ini penting dalam mewujudkan keselarasan dalam mengeluarkan kenyataan. Majlis Ulama ini dilantik di setiap bahagian… Maka setiap tahun 191 ulama akan mengikuti perhimpunan agung kita dalam merencana dan meningkatkan Islam di negara ini,” katanya.

Fathul Bari juga mencadangkan penubuhan Majlis Ulama Umno khusus bagi menyelaras setiap fatwa berkaitan dengan isu-isu agama yang dibangkitkan oleh parti-parti politik lain.

Anggota majlis itu, ujar beliau, boleh membuat penjelasan isu-isu agama selepas mengadakan perbincangan bersama, perlu
dilantik dari kalangan 191 Bahagian Umno, dan turut menyertai perhimpunan agung parti setiap tahun.

“Kita tak mahu masing-masing bercakap dan mengulas. Wujud ketidakselarasan dalam mengeluarkan kenyataan, apabila ada yang kata boleh, dan ada yang kata tidak,” katanya .

Fathul Bari, yang merupakan anak kepada bekas mufti Perlis Datuk Mat Jahya Hussin berkata, institusi imam juga perlu diperkukuh dengan diwujudkan jawatan khas buat mereka dalam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Beliau berkata pada masa ini terdapat ramai graduan lepasan universiti-universiti Islam tersohor seperti Universiti Al-Azhar, dan adalah satu kerugian sekiranya mereka ini tidak diserap masuk ke dalam masjid untuk memperkukuhkan lagi institusi itu.

Lagi Berita