Tindakan Tegas Babitkan Isu Agama – Wakil Perak

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Tindakan segera dan tidak mendiamkan diri perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa Jabatan atau Majlis Agama Islam terhadap mereka yang cuba menimbulkan apa jua isu membabitkan agama terutamanya parti-parti politik.

Wakil Negeri Perak, Datuk Rosli Husin berkata perkara ini jika tidak ditangani segera boleh menimbulkan masalah bukan sahaja menyebabkan berlaku perpecahan umat tetapi boleh menyebabkan timbulnya persepsi negatif di kalangan kaum lain.

“ Majlis Agama Islam di negeri-negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu agresif dan serta senada bagi membuat penjelasan segera berkaitan soal hukum dan fatwa supaya difahami umum dan tidak harus mendiamkan diri.

“Teguran-teguran dan nasihat lebih banyak datang dari pentas politik daripada majlis fatwa atau Jakim seperti isu tazkirah oleh Adun wanita bukan Islam dari DAP, isu duit sumbangan dari wang judi lumba kuda kepada umat Islam di Pulau Pinang, isu khatib mendoakan kesejahteraan kepada Lim Guan Eng dan banyak lagi.

“Walaupun soal hal ehwal Agama Islam adalah di bawah kuasa kerajaan negeri, tidak bermakna keseragaman tidak boleh dicapai. Fenomena ini boleh menjejaskan kedaulatan dan kesucian Islam itu sendiri, malah persepsi negatif pasti akan tercetus daripada pandangan bukan Islam,” katanya ketika membentangkan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2010.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang berkata, tindakan tegas serta drastik perlu dilaksanakan dan tidak hanya menunggu arahan, sebarang  kelewatan  tindakan diambil boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat terutama membabitkan isu-isu sensitif.

“Tindakan drastik tentunya dapat dibuat tanpa menunggu keputusan peringkat negeri terutamanya berkaitan dengan akidah, ajaran sesat, kes-kes tukar agama, kes pembuangan bayi, kes anak serta hamil luar nikah dan sebagainya. Ini juga dapat mengelakkan daripada pandangan yang berbeza dan bercanggah tentang sesuatu isu yang berbangkit,” katanya.

Beliau meminta pihak terbabit membuat satu ketetapan apa bila berhadapan dengan isu sensitif dan tidak bercanggah sesama sendiri apabila membuat satu keputusan.

Beliau juga menasihatkan pihak berkuasa agama mengelakkan “sindrom bisu” apabila berhadapan dengan isu membabitkan agama Islam khususnya yang ditimbulkan oleh parti politik kerana ia boleh menimbulkan perpecahan umat selain menimbulkan persepsi negatif terhadap Islam.

Majlis Agama Islam di negeri-negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu agresif dengan sepakat dan senada bagi membuat penjelasan segera berkaitan soal hukum dan fatwa agar difahami umum.

“Teguran-teguran dan nasihat lebih banyak datang dari pentas politik daripada majlis fatwa atau Jakim seperti isu tazkirah oleh ADUN wanita bukan Islam dari DAP, isu duit sumbangan dari wang judi lumba kuda kepada umat Islam di Pulau Pinang, isu khatib mendoakan kesejahteraan kepada Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) dan banyak lagi.

“Walaupun soal hal ehwal agama Islam adalah di bawah kuasa kerajaan negeri, tidak bermakna keseragaman tidak boleh dicapai. Fenomena ini boleh menjejaskan kedaulatan dan kesucian Islam itu sendiri, malah persepsi negatif pasti akan tercetus daripada pandangan bukan Islam,” katanya.

Rosli juga mencadangkan supaya JAKIM dinaiktaraf kepada sebuah kementerian penuh agar pemerkasaannya dapat membantu memperkemaskan dan menyelaraskan segala urusan yang berkaitan Islam di negara ini.

“Tindakan drastik tentunya dapat dibuat tanpa menunggu keputusan peringkat negeri terutamanya berkaitan dengan akidah, ajaran sesat, kes tukar agama, kes pembuangan bayi, kes anak serta hamil luar nikah dan sebagainya.

“Ini juga dapat mengelakkan daripada pandangan yang berbeza dan bercanggah tentang sesuatu isu yang berbangkit yang akhirnya kita akan dapati kesucian dan kedaulatan Islam itu dapat diurus tadbir dengan berkesan dan menjadi rujukan mudah masyarakat Islam,” katanya.

Lagi Berita