Usaha Pembangkang Reka Perlembagaan Baru Sia-sia

KUALA LUMPUR, 23 Okt –  Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata usaha pembangkang untuk mereka perlembagaan baru adalah sia-sia kerana hak orang Melayu serta kaum-kaum lain di negara ini sudah terjamin dalam perlembagaan sedia ada.

Justeru tegasnya jika hak orang Melayu sudah tidak boleh dipinda maka tidak perlulah menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kononnya perjuang ketuanan rakyat dan DAP dengan dasar Malaysian Malaysianya.

“Tak perlu laung ketuanan rakyat sebab dah termaktub dalam perlembagaan….. Tak perlu Malaysian Malaysia sebab orang Melayu tetap ada haknya dan bangsa lain juga ada haknya…usaha pembangkang untuk reka perlembagaan baru adalah sia-sia”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Beliau turut menyeru agar kaum Cina yang dipesong boleh kembali menyokong Barisan Nasional (BN).

UMNO juga kata beliau lagi telah menfsir perkara 153 dengan melaksanakan pelbagai peluang untuk Bumiputera.

“…pembangkang sinis  untuk bela bumiputera…berpasaklah kepada parti UMNO  bertetaplah kepada janji-janji BN… Bina Melayu Abad 21”, ujarnya. -MediaUMNO

Lagi Berita