PKR Biarkan Pas Sendirian Di Galas…Tak Kenang Budi!!!

Assalamualaikum

Patutlah jentera Pakatan Rakyat dilihat lemah di DUN N45 Galas, rupa-rupanya tiada petugas dari PKR yang dihantar ke Galas bagi membantu jentera kempen PAS.

Anwar telah mengumumkan di ceramahnya semalam bahawa kebanyakan petugas PKR tak dapat hadir kerana kononnya sebab bebanan kewangan yang tinggi terpaksa ditanggung oleh parti tersebut.

Dalam ceramah tersebut, Anwar juga berkata PKR terpaksa menumpukan kekuatannya di Parlimen Batu Sapi bagi menghadapi PBS yang mewakili Barisan Nasional. DAP juga telah Anwar kerahkan ke Batu Sapi bagi membantu jentera kempen partinya.

Jadi, PAS dibiarkan keseorangan untuk menghadapi UMNO/BN di Galas ini.

Dan, telah mula ada rungutan dari kebanyakan para petugas PAS yang mengatakan bahawa PKR tak mengenang budi kerana pada PRK Hulu Selangor dahulu, petugas PAS lah yang paling banyak menggerakkan jentera kempen Zaid Ibrahim.

Dan ada juga diantara petugas PAS merungut kerana Anwar bersikap acuh tak acuh ketika datang ke Galas. Ini semua membuktikan bahawa semangat dan moral jentera Pakatan khususnya PAS disini semakin menurun.

Inilah dilema yang dihadapi oleh PAS. Dengan sumber kewangan yang terhad serta semangat ahli-ahli yang semakin menurun, peluang untuk DUN Galas kembali kepada UMNO/BN semakin cerah dari hari ke hari.

Saya menunggu dengan penuh minat perkembangan selanjutnya keadaan jentera kempen PAS yang kebanyakannya datang dari luar. Apakah mereka mampu bertahan sehingga hari pengundian? Wallahualam.

MEDIA PERMATANG PAUH

Lagi Berita