Teck Lee Tak Layak Jadi Pemimpin – Rosnah

KUALA LUMPUR, 27 Okt. – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin melihat Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee yang menjadi calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi pada 4 November ini sebagai seorang yang tidak layak menjadi pemimpin.

Katanya, Teck Lee adalah seorang calon yang telah berada dalam banyak parti, selalu melompat-lompat, berbelit-belit dan tidak berpendirian selain selalu membuat kenyataan berbeza-beza.

“Semua orang tahu siapa Teck Lee dan bagaimana dia berperanan sebagai seorang individu yang gemar mengambil kesempatan untuk mempopularkan diri sendiri,” katanya kepada umno-online.

Ujar Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar memberitahu bahawa peribadi Teck Lee sendiri telah menjadi bukti bahawa dirinya tidak layak bergelar pemimpin.

“Dia adalah seorang yang cukup terkenal di negeri Sabah sebagai seorang ahli politik yang pandai mengambil kesempatan atas kesempitan,” katanya.

Tegas Rosnah lagi, Sabah tidak perlukan pemimpin yang hanya pentingkan diri sendiri seperti Yong Teck Lee.

Yong Teck Lee telah Parti Bersatu Sabah (PBS) pada tahun 1985 dan mula terlibat secara serius dalam dunia politik sehingga diberi kepercayaan memegang jawatan Timbalan Presiden PBS pada 30 September 1989.

Teck Lee kemudian bertindak meninggalkan parti dan pantas menubuhkan sebuah parti baru iaitu SAPP pada 19 Januari 1994 dengan membuka keahlian kepada semua kaum bagi menyaingi PBS.

Teck Lee berhadapan dengan perbicaraan Mahkamah Pilihan Raya apabila didakwa terbabit melanggar peraturan semasa kempen pilihan raya keputusan Mahkamah Pilihan Raya memutuskan beliau bersalah.

Beliau tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun sehingga tempoh larangan itu pada 2007. -MediaUMNO

Lagi Berita