Tiada Diskriminasi Ke Atas SJKC, SJK

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Kerajaan tidak pernah mengamalkan diskriminasi ke atas mana-mana Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) atau Tamil (SJKT) termasuk menutup sekolah-sekolah terbabit, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

“Bahkan ada SJKT yang tinggal satu murid pun kita tidak tutup, sebab itu jangan buat tuduhan melulu dan malah ada sekolah yang kita tutup dan dipindahkan tapi dimohon untuk dibuka semula, kita buka semula,” katanya di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

“Bagaimana boleh kata kita diskriminasi, sedangkan banyak lagi sekolah-sekolah kebangsaan yang menghadapi masalah di pedalaman seperti sekolah banjir, sekolah menumpang, ini juga perlu diberi perhatian,” katanya.

Lagi Berita