Pas Makin Tersasar, Hilang Kewarasan Kejar Kuasa

GUA MUSANG, 28 Okt – Pas kini semakin hilang kewarasan hanya kerana terlalu ghairah mengejar kuasa politik, demikian menurut Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.

Menurutnya semakin hari Pas semakin jauh tersasar dan sanggup menghalalkan apa jua perkara yang dulu bagi mereka sebagai haram.

“Rakyat harus menilai tindak tanduk Pas ini, jangan mudah terpedaya.  Dulu semua nak dilelongnya tapi sekarang mereka cukup ghairah nak tawan Putrajaya.

“Saya ingat dulu masa nak bina KLIA, Pas kata membazir tapi tak lama lepas KLIA siap saya jumpa pemimpin Pas di sana.  Ini semua politik putar belit, akal Pas saja”, katanya ketika berucap di Peti Undi Taman Wangi di sini.

Malah kata beliau lagi Pas kini begitu ghairah berkawan dengan DAP walaupun sedar DAP adalah parti yang paling kuat menentang penubuhan Negara Islam dan pendirian tersebut tidak pernah berubah sehingga kini.

“Pas kata pemimpin DAP makin faham dengan Islam….hilang akal ke?…. ini semua akal politik sebab Pas dulu tuduh UMNO macam-macam bila kita buat kerjasama dengan MCA dan MIC hingga sanggup kafirkan kita.

“Sekarang Pas cakap perkara itu (Negara Islam) tak boleh….negara kita berbilang kaum.  Kita lama dah sedar….itu saya cakap Pas ini cukup pandai putar belit”, ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau juga percaya Pas tidak akan memberi laluan mudah untuk pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau DAP untuk menjadi Perdana Menteri.

“Kalaulah mereka berjaya tawan Putrajaya…minta dijauhkanlah….tapi saya percaya Pas takkan mudah nak bagi Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri….ini akal Pas saja.

“Ini semua kerja membohong saja”, katanya. -MediaUMNO

Lagi Berita