Pentadbiran BN Telah Terbukti – Pairin

Sandakan, Okt 28 – Presiden Parti Bersatu Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menegaskan bahawa pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan yang bertanggungjawab telah terbukti berdasarkan rekod dan keseriusannya untuk membawa pembangunan di Sabah.

Katanya, pelaksanaan pembangunan infrastruktur dan lain-lain projek yang sedang dilaksanakan di kawasan Batu Sapi sendiri adalah bukti dari komitmen tersebut.

“Kita melihat masalah rakyat dan menyelami kesusahan yang mereka alami dengan hasrat untuk memperbaiki kehidupan mereka,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah memberitahu bahawa kerajaan sangat responsif terhadap rakyat dan memegang amanah serta tanggunjawab untuk meneruskan apa yang telah dirancang demi kebaikan semua.

“Tindakan turun padang dalam masa berkempen ini sebenarnya bukan hanya untuk memperkenalkan calon pilihan raya di sini tetapi apa yang lebih penting adalah mendengar suara rakyat dan memahami kebimbangan dan kesusahan yang dialami.”

Pairin turut sama berkempen bersama-sama calon BN di Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin yang akan mempertahankan kawasan Parlimen ini dalam pilihan raya kecil pada 4 November hadapan.

Lagi Berita