PKR Pembohong, Jual Cerita Temberang

GUA MUSANG 28 Okt – “Dia tu berbohong, apa yang dicakap tu semua bohong, ini satu lagi pembohongan pembangkang. Inilah perangai pembangkang, mereka ni daif, apa saja sanggup mereka lakukan untuk dapat undi.

“Mereka ni, sebenarnya nak menipu rakyat dengan cerita bodoh mereka, itulah cara pembangkang, bukan sahaja di Galas, di mana saja mereka berceramah, ada saja cerita bohong yang mereka akan reka,” kata Ahli Majlis Tetinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution yang menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) membazirkan wang rakyat berjuta ringgit hanya untuk melakukan kerja baik pulih kediaman rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kenyataan itu dibuat ketika mengadakan ceramah pilihanaraya kecil DUN Galas, di sini malam tadi.

Dalam ceramah tersebut Saifudin menuduh bahawa pembaziran itu telah menyebabkan banyak sekolah di Kelantan memiliki bangunan yang cantik tetapi tiada kemudahan asas seperti bekalan air.

“Saya nak tanya kepada Saifudin ni, dia tahu tak apa yang dia cakap atau dia saja buat tak tahu, yang sediakan kemudahan seperti bekalan air dan urusan adalah kuasa kerajaan negeri bukan kerajaan persekutuan.

“Kementerian  Pelajaran sudah jalankan tanggungjawabnya untuk sedia bangunan sekolah dan keperluan lain untuk belajar seperti cikgu, buku teks dan keperluan lain,sebab itu sekolah tetap berjalan walaupun tak ada air,” katanya.

Menurutnya, walaupun dalam keadaan kekurangan namun kejayaan yang dicapai oleh pelajar Kelantan amat membanggakan contohnya seperti keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), apabila Kelantan antara negeri yang mencapai keputusan terbaik pada tahun lalu.

“Lihat dengan pencapaian murid Kelantan, keputusan mereka lebih baik berbanding negeri lain, ini semua datangnya BN yang beri segala keperluan seperti cikgu, bangunan yang selesa, buku-buku teks dan kemudahan belajar yang lain, kalau tak takkan mereka dapat keputusan yang baik,” katanya.

Shahidan berkata, pengundi di Galas tidak mudah terpedaya dengan apa yang dikatakan oleh Saifudin, kerana apa yang dicakapkan itu menunjukkan kedaifan Saifudin yang menggunakan isu berkenaan sedangkan permasalahan itu berpunca daripada kelemahan pentadbiran kerajaan negeri yang diperintah oleh Pas.  -MediaUMNO.

Lagi Berita