Kenapa DAP Melatah?

Sebaik sahaja YAB Timbalan Perdana Menteri memutuskan keputusan untuk mata pelajaran sejarah menjadi mata pelajaran teras, Pemimpin DAP melatah dan memberikan seribu alasan dan sebab kenapa perkara ini seharusnya tidak diputuskan.

Keputusan YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pelajaran dilihat satu keputusan yang tepat dalam masa kita melihat banyak pihak yang tidak bertanggunjawab memainkan isu perkaumman dan juga pribumi.

DAP melatah kerana parti itu mahukan kewujudan Malaysia diambil tahu selepas sahaja Sejarah Kemerdekaan bermula, mereka mahukan semua fakta sejarah tidak diketahui oleh masyarakat hari ini agar apa yang mereka rancangkan untuk menjadikan Malaysia seperti Singapura menjadi kenyataan.

DAP melatah kerana parti itu mahukan kewujudan Malaysia diambil tahu selepas sahaja Sejarah Kemerdekaan bermula, mereka mahukan semua fakta sejarah tidak diketahui oleh masyarakat hari ini agar apa yang mereka rancangkan untuk menjadikan Malaysia seperti Singapura menjadi kenyataan.

Mereka juga amat gusar kerana masyarakat akan tahu tembelang mereka yang melancarkan pergaduhan saudara melibatkan negara ke kancah darurat pada 13 Mei 1969. Bila mana peristiwa berdarah itu melihat bangsa Melayu dan Cina bertelagah akibat dari propaganda DAP yang tidak mahu menerima Perlembagaan Malaysia sebagai teras kepada kewujudan Negara Malaysia dan menghalau orang Melayu keluar dari Selangor sebaik sahaja mereka memenangi Pilihanraya.

Sehingga hari ini, kita melihat mereka memainkan isu ini melalui Majlis Peguam dan NGO yang berkait rapat dengan mereka untuk mempertikaikan sejarah yang orang Melayu Merupakan Peribumi dan orang Asal Negara dan mereka juga berusaha untuk menjadikan bahasa-bahasa lain sama seperti bahasa Melayu seperti insiden Teresak Kok dengan papan tanda.

Niat Kerajaan untuk menjadikan Sejarah Mata Pelajaran teras adalah kerana mahu mewujudkan generasi yang mengenal asal usul dan budaya Malaysia. Ini juga akan menerapkan semangat nasionalisme diantara kaum dan dalam jangka masa panjang. Sejarah akan memecahkan benteng perkauman diantara masyarakat majmuk di Malaysia, ini akan terjadi bilamana semua perasaan perkauman sudah tiada kerana kewujudan Malaysia merupakan perjuangan Rakyat Malaysia yang pelbagai suku kaum.

Oleh itu, tiada sebab kenapa DAP perlu risau dengan mata pelajaran sejarah sekiranya mereka memegang prinsip Negara Malaysia dan Perlembagaan Melaysia merupakan teras kepada kewujudan Malaysia yang berdaulat.

DAP tidak perlu risau menerima bahasa Kebangsaan (Melayu) dan Agama Islam dan Raja-Raja Melayu sebagai benteng kewujudan Malaysia yang Merdeka, dan ini perupakan sejarah yang mesti dijadikan benteng kepada setiap anak Malaysia didalam sanubari mereka tidak kira dari mana bangsa dan suku kaum mereka datang.

Akhir sekali, sekiranya orang Malaysia bercakap Melayu itu bukanlah rasis, tetapi sekiranya mereka bercakap berkenaan dengan bangsa selain Malaysia, itulah rasis kerana Malaysia adalah negara kita.

MOHD  RAZLAN MUHAMMAD RAFII

Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Seputeh

Lagi Berita