Khalid Ibrahim, MB Selangor Tak Habis-Habis Berbohong

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air hari ini menafikan kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa kerajaan negeri tidak menghadapi masalah pembayaran hutang air dengan kerajaan Persekutuan kerana mempunyai aset yang lebih besar dari nilai hutang.

Menterinya Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata kenyataan Abdul Khalid itu menunjukkan kerajaan negeri ‘sanggup memutar belit fakta’ demi mengalih perhatian rakyat daripada isu sebenar yang telah menyebabkan isu penstrukturan semula industri air di negeri tersebut tidak dapat diselesaikan.

“Laporan Ketua Audit Negara jelas menyatakan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan ialah RM829.86 juta tanpa menyebut mengenai nilai aset air kerajaan negeri,” kata Chin dalam satu kenyataan di sini.

Rabu lepas, Abdul Khalid berkata aset air negeri itu berjumlah RM10.98 bilion, jauh melebihi angka hutang itu kepada kerajaan Persekutuan.

Justeru, Chin menyarankan agar Abdul Khalid menumpukan perhatian untuk menyelesaikan isu penstrukturan air negeri Selangor, termasuk mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air di negeri itu seperti yang dihasratkan kerajaan negeri dengan cara rundingan biasa “willing buyer, willing seller”.

Lagi Berita