Menidakkan Sejarah Ibarat Lupa Asal Usul – Fahariyah

GUA MUSANG 29 Okt – Tindakan DAP mempertikaikan keputusan Kementerian Pelajaran menjadikan mata pelajaran sejarah sebagai syarat wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ibarat seperti menidakkan asal usul mereka sendiri.

Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Fahariyah Md Nordin berkata dengan sejarahlah rakyat di negara ini menikmati keselesaan hidup hasil kefahaman rakyat mengenai sejarah mereka yang terdahulu.

“Sesiapa yang mempertikaikan sejarah ini boleh diibaratkan seperti mereka yang melupai atau menidakkan asal usul keturunan mereka sendiri, sepatutnya kita harus berbangga dengan asal usul (sejarah) kita.

“Saya hairan bagaimana dengan DAP boleh menidakkan sejarah sedangkan jatuh bangun atau maju mundur sesuatu bangsa dan negara berdasarkan kepada faktor sejarah mereka,” katanya ketika dihubungi umno-online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan DAP melalui ahli parlimennya, Tony Pua yang mempertikaikan keputusan itu dengan menyatakan kebimbangannya bahawa akan berlaku manupulasi terhadap mata pelajaran itu demi kepentingan sesuatu pihak di negara ini.

Pada  pilihan raya kecil DUN Galas sekarang, pihak pembangkang terutamanya DAP turut menggunakan isu berkenaan di kawasan bukan Melayu supaya pengundi terbabit tidak memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN).

Ketika Perhimpunan Agung UMNO 2010 yang lalu, Fahariyah yang mewakili Puteri UMNO sewaktu membahaskan ucapan dasar presiden mengusulkan supaya mata pelajaran sejarah dijadikan mata pelajaran wajib lulus periksaaan, dan ketika pengulunggan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan mata pelajaran sejarah dijadikan sebagai mata pelajaran wajib lulus peperiksaan SPM.

Fahariyah berkata, tindakan DAP mempertikaikan keputusan itu kerana khuatir tembelang mereka selama ini yang suka memutar belitkan fakta sejarah akan terbongkar terutama membabitkan itu hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dalam Perlembagaan Negara.

Fahariyah berkata, tindakan DAP mempertikaikan keputusan itu kerana khuatir tembelang mereka selama ini yang suka memutar belitkan fakta sejarah akan terbongkar terutama membabitkan itu hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dalam Perlembagaan Negara.

“Sebenarnya DAP terperangkap dalam jerangkap yang mereka buat ketika ahli parlimennya, Tony Pua mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

“Mereka khuatir apabila rakyat mengetahui perkara yang sebenar, apa yang dilakukan sebelum ini akan terbongkar kerana seperti kita tahu, DAP ini suka memanupulasikan fakta dalam usaha untuk meraih sokongan terutama di kalangan bukan Melayu,” katanya.

Menurutnya, selain memperbetulkan putar belit yang dibuat oelg DAP, mata pelajaran sejarah ini dapat mengembalikan semangat kenegaraan kepada golongan muda dengan menghayati sejarah tanah air mereka dan mampu meningkatkan semangat nasionalisme di kalangan mereka.

“Ramai di golongan muda yang tidak tahu mengenai sejarah Negara, menyebabkan kurangnya semangat cintakan negara sehingga sanggup melakukan perbuatan yang mencemarkan nama baik negara terutama kepada mereka yang berada di luar negara.

“Dengan adanya pengetahuan mengenai sejarah, ia dapat memberi tahu kepada generasi muda menilai perjuangan yang dilakukan oleh orang terdahulu memperjuangkan kemerdekaan dan hasilnya dinikmati oleh kita semua.

Fahariyah berkeyakinan dengan kembalinya pengajaran mata pelajaran sejarah sebagai mata pelajaran teras, golongan muda tidak akan mudah diperdaya oleh pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja cuba memperlekehkan mengenai sejarah negara. – MediaUMNO

Lagi Berita