Budaya Tikam Belakang Amalan Pembangkang

GUA MUSANG 30 Okt –  DAP disaran agar tidak terlalu gembira dengan perjanjian sulitnya bersama PKR kerana terdapat banyak lagi  perjanjian sulit lain yang dilakukan oleh parti berkenaan termasuk di kalangan  pemimpin Pas.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata mereka yang membuat pelbagai perjaniian sulit itu tidak lain dan tidak bukan iaitu semata-mata bertujuan untuk kepentingan politiknya sendiri.

“Apa  yang Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin sebut sebelum ini pun sangat menarik tentang perjanjian-perjanjian sulit ini.  Sebenarnya ada banyak perjanjian sulit dan saya rasa DAP tidak patut seronok kerana perjanjian sulit juga dilakukan dengan Pas.

“Dan saya tahu pempimpin Pas pun tahu bahawa perjanjian sulit itu walau  dinafikan wujud tetapi mereka tahu kerana perjanjian-perjanjian bukan hanya dibuat dengan DAP malahan dengan banyak pemimpin lain termasuk di dalam BN pun ada dijanjikan pelbagai.

“Jadi janganlah orang yang banyak mendapat janji itu seronok kerana perjanjian itu dibuat dengan semua pihak. Jadi yang penting, pemimpin yang bertanggungjawab soal janji sebegini sebenarnya hanya untuk kepentingan individu tersebut sahaja,” katanya kepada UMNO-Online, selepas mengadakan gotong royong bersama penduduk di Masjid Tengku Razaleigh, di sini, hari ini.

Razali yang juga Timbalan Pengerusi Pemuda BN seterusnya berkata perjanjian sulit oleh parti pembangkang  bukannya satu atau dua tetapi terlalu banyak.

“Perjanjian demi  perjanjian menyebabkan akhirnya Pas terpecah dua dan mereka tidak boleh nafikan perjanjian sulit ini berlaku dibanyak peringkat . Saya rasa antara punca wujudnya perkara ini apabila dalam Pas sendiri terbelah kepada dua .

“Maknanya perjanjian sulit itu dia buat dengan kumpulan dengan yang dia setuju . Dan saya rasa samaada Datuk Nik Abdul Aziz Ni Mat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang , Nasarudin Mat Isa, Mahfuz Omar, Salahudin Ayub semuanya  tahu kewujudan tarik tali ini,” katanya.

Beliau seterusnya menambah, di dalan PKR  pun ada perjanjian sulit dengan penyokong mereka sendiri.

“Kalau tidak takkan di Batu Sapi sampai bergaduh dan bertumbuk  di atara pemimpin. Jadi inilah sebenarnya politik yang kita nak tunjuk kepada rakyat  bahawa mereka sanggup lakukan apa sahaja dan mereka tidak telus dan mereka memperjuangkan hak sama rata  tetapi mereka tidak buktikan mereka sama rata dan mereka perjuangkan ketelusan tetapi mereka sendiri tidak telus, terlalu banyak perjanjian sulit.

“Yang terbaru kenapa SAPP tetap bertanding di Batu Sapi dan tidak bersama dengan PKR. Ini mungkin  kerana mereka dapat menghidu bahawa ada perjanjian-perjanjian  sulit yang wujud di dalam setiap keputusan yangmereka buat. Jadi saya rasa kita sedar tugas kita adalah untuk mendekati rakyat dan jelaskan kepada mereka bahawa mainan politik sebegini merugikan masa depan negara.

“Paling mustahak perkara ini boleh menjejaskan rakyat. Jadi rakyat perlu kita dekati dan berikan penjelasan bahawa mainan politik pembangkang terutama  Datuk Seri Anwar sangat  merugikan masa  depan negara dan perjanjian ini hanya untuk memuaskan nafsu pemimpin di kalangan mereka sahaja,” katanya.

Ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat semalam, Zulkifli Nordin mendedahkan wujud perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik antara PKR dengan DAP yang tidak diketahui Pas.

Melalui perjanjian rahsia itu jelasnya, DAP akan memiliki kuasa autonomi ke atas Pulau Pinang sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Perjanjian itu juga dakwanya, turut membenarkan wakil DAP dilantik sebagai Menteri Besar di negeri-negeri dimenangi parti itu.

Menyifatkan perjanjian itu sebagai ‘konspirasi syaitan’, beliau  bagaimanapun enggan mendedahkan dalang yang terlibat kerana masih menunggu masa dan keadaan yang sesuai.

Lagi Berita