Kaum India Pengundi Setia BN Di Galas

kaum india GALAS-BNGUA MUSANG, 29 Okt –  Pengundi India adalah pengundi setia Barisan Nasional (BN) sejak dari dulu lagi dan sokongan tersebut tidak berubah, demikian menurut Presiden Persatuan India Kelantan, T.Perumal.

Jelasnya walaupun jumlah pengundi India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas hanya 186 orang namun ia tetap penting dalam menentukan kemenangan calon pada  pilihanraya kecil tersebut.

“Saya yakin majoriti akan memilih BN.  Mereka adalah pengundi setia dan tahu parti mana yang sebenarnya membela nasib mereka”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online selepas mengadakan pertemuan dengan pengundi India di Pusat Gerakan Jentera Pilihanraya BN DUN Galas di sini, hari ini.

Menerusi pelbagai pertemuan yang diadakan, beliau melihat pengundi India yakin dengan calon BN, Abdul Aziz Yusof yang telah lebih 20 tahun memberi khidmat kepada masyarakat setempat.

“Dia (Aziz) orang sini, ramai sudah kenal dan tahu macam mana dia tolong ramai orang.  Pengundi India bukan mahu apa-apa tapi mahu orang yang senang bantu mereka”, ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi MIC Kelantan, M. Kupusamy pula berkata banyak masalah yang dihadapi pengundi  India telah diselesaikan menerusi pelbagai pertemuan bersama kepimpinan MIC sebelum ini.

“Bukan semua dapat diselesaikan tapi sebahagian besar.  Yang mereka mahu parti yang prihatin bukan masa pilhanraya saja.  Memang ada pengacau tapi ia babitkan satu dua orang yang sampai bila-bila pun takkan puas hati’, ujarnya. -MediaUMNO

Lagi Berita