Perubahan Kempen Pas Sudah Dijangka

Gua Musang, 31 Okt – Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Razali Ibrahim menyifatkan  perubahan bentuk kempen Pas yang  memulakan serangan peribadi kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dalam siri kempennya pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November ini bukan sesuatu yang mengejutkan.

Malah kata beliau,  telah menjangkakan perubahan berkenaan kerana Pas bukanlah sebuah parti yang berpegang kepada janji  sebaliknya sekadar umpan dan manis yang bersifat sementara.

“Walau mereka sebelum ini pernah berjanji dan sebagainya, dalam tempoh berkempen ini  mereka boleh berubah-ubah. Dan kempen pembangkang yang berubah ini bagi saya bukan satu bentuk benda baru , janji macam-macam dan banyak benda dia pusing tetapi  kita tidak ambil kisah perkara tersebut digunakan hanya untuk politik sehingga menjejasakan perpaduan rakyat.

“Yang ini saya tidak boleh terima tetapi kalau dia nak serang peribadi, dia nak sentuh itu dan ini itu bukan satu perkara baru dan bagi saya kalau Ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi bahan mereka, saya rasa pengalaman politik dia cukup lama dan pernah berkawan dan pernah bergaduh dengan pas.

“Itu asam garam dia dah. Jadi pada saya tidak terkejut dan paling mustahak jangan kita pecahbelahkan rakyat hanya kerana kepentingan politik sempit masing-masing.,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online selepas mengadakan khidmat masyarakat membersihkan Masjid Tengku Razaleigh, di sini, sabtu.

Pas telah memulakan serangan peribadi kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dalam siri kempennya pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November ini.

Perkembangan tersebut bertentangan dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang menyatakan Pas tidak menentang Tengku Razaleigh tetapi parti yang diwakilinya.

Serangan tersebut bermula pada Ceramah Perdana kepemimpinan pakatan pembangkang di Sungai Terah malam tadi dan pada sidang akhbar harian parti itu di Markas Besar Pas di sini pagi ini.

Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pada sidang akhbar tersebut menyifatkan Tengku Razaleigh sebagai pengkhianat.

Beliau berkata, ini kerana Ahli Parlimen Gua Musang itu telah menghilangkan dokumen penting berkaitan masyarakat Orang Asli di negeri ini ketika kerajaan campuran Kelantan di antara Semangat 46 dan Pas berpecah kira-kira 14 tahun lalu.

Razali yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO seterusnya menambah hanya BN yang konsisten dalam kempen pilihan raya.

“Kita berpegang kepada prinsip dan BN bukannya sebuah parti yang berubah-ubah sebaliknya sebuah parti yang berpegang kepada janji. Apa yang kita kata, kita akan buat,” katanya.

Lagi Berita