Selepas Kempen Tak Laku, Pas Terpaksa ”Cari Hantu”

GUA MUSANG, 31 Okt  –  Menjelang tiga hari sebelum pengundian bagi piliihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Pas semakin terdesak dan mula mencanangkan isu lapuk pengundi hantu.

Menyedari jentera kempennya yang terus terkial-kial, Pas seperti tiada pilihan.  Selain menggunakan pentas ceramah bagi melemparkan pelbagai tuduhan liar yang tiada kaitan dengan pengundi DUN Galas, Pas nampaknya hilang arah hingga terpaksa  menggunakan isu pengundi hantu untuk meraih undi simpati.

“Ini bukti Pas sudah  desperate dan kali ini kita yakin pengundi di Galas tidak akan termakan dengan propaganda  dan fitnah Pas.

“Taktik untuk membohongi rakyat tidak akan dapat bertahan lama”, demikian menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Tegas beliau lagi rakyat sudah sedar bahawa harapan baru yang dijanjikan dulu hanyalah igauan semata-maata.

“Pas bukan sahaja gagal untuk membawa harapan baru malah telah sanggup menggadaikan maruah perjuangan parti untuk mendapatkan kuasa.

“Kalau ikut trend Pas, bila dia mula main isu pengundi hantu itu petanda Pas sudah mula rasa bahang kekalahan”, ujarnya. -MediaUMNO

Lagi Berita