BN Terus Dahului Sokongan Pengundi

SANDAKAN, 1 Nov. – Masyarakat tempatan terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) menjelangnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan Khamis ini.

Aliomar Tanaih, 59, yang merupakan pesara kerajaan tetap akan memberi sokongan kepada Datin Linda Tsen Thau Lin yang menjadi calon dalam PRK ini.

“Sudah berpuluh-puluh tahun BN bersama rakyat dan saya tahu bagaimana kerajaan membantu rakyat di sini sehinggakan kawasan kita ini menjadi tempat maju dengan rakyat dapat mencari pekerjaan tanpa perlu keluar dari kawasan sendiri,” katanya.

Beliau yang telah lebih 30 tahun menjadi ahli UMNO  yakin bahawa rakyat tidak akan begitu mudah melupakan jasa kerajaan dan tentunya mahukan perancangan kerajaan turut diteruskan di Batu Sapi.

Turut bersetuju dengan hal ini ialah Indong Kadir, 58, yang menghuni kawasan perumahan Blok 5, Fasa 2 Taman Mawar beranggapan hanya BN yang mampu membantu meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Saya sentiasa bersama-sama BN dan menyokong Datin Linda untuk menjadi suara kepada kami di Parlimen,” katanya yang turut menerapkan penghargaan kepada BN kepada enam orang anak-anaknya.

“Mereka semua akan balik ke sini untuk mengundi BN,” katanya. – MediaUMNO

Lagi Berita