Demi Azmin, PKR Guna ‘Magik’, Zaid Akan Tepuk Dahi!

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Seolah-olah seperti kuasa magik, selang beberapa jam Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan Datuk Zaid Ibrahim mendahului perebutan jawatan Timbalan Presiden, perangkaan rasmi terbaru menunjukkan pula Azmin Ali yang sebenarnya menguasai undian jawatan tersebut.

Dalam sidang media yang diadakan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution memberitahu Azmin sedang mendahului dalam pemilihan timbalan presiden dengan mendapat 3,051 bukannya Datuk Zaid.

Keputusan terbaru Datuk Zaid mendapat 2,529 undi manakala seorang lagi calon, Mustaffa Kamil Ayub memperolehi 1,149 undi.

Difahamkan kononnya kesilapan itu dipercayai berlaku ketika proses memasuk data ke laman web parti tersebut dan pihak parti sedang memperbetulkannya.

Difahamkan kononnya kesilapan itu dipercayai berlaku ketika proses memasuk data ke laman web parti tersebut dan pihak parti sedang memperbetulkannya.

Mengulas perkara itu bekas pemimpin PKR, Zahid Mat Arip berkata beliau sedikit pun tidak terkejut dengan perubahan tersebut kerana baginya Azmin adalah pakar matematik.

Jelas beliau sebagai pakar matematik sudah pasti Azmin sudah mengajar Setiausaha Agung PKR cara untuk membuat perkiraan.

“Hakikatnya Azmin dalam apa keadaan pun campur, tolak, kali, bahagi dia tetap untung.  Orang bergaduh pun dia untung, orang baling kerusi pun dia untung, orang hidup pun dia untung malah orang mati pun dia untung”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Tegas beliau lagi sifir PKR mudah dalam apa keadaan pun perkiraan mesti pastikan Azmin menang dalam merebut jawatan timbalan presiden parti.

“Walaupun undi Azmin kurang pihak setiausaha agung kena buat kiraan Azmin menang.  Ini adalah arahan Anwar Ibrahim, sebagai lembu yang dicucuk hidung setiausaha agung, Saifuddin hanya ikut arahan dan laksanakan tugas saja”, ujarnya.

Keadilan bagi Anwar kata beliau lagi ialah hanya untuk untungkan dia dan kelompok dia sahaja. – MediaUMNO

Lagi Berita