Kerajaan Persekutuan Dahulukan Rakyat Termasuk Di Galas

Galas, 1 Nov. – Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional melalui   konsep” Rakyat Didahulukan” telah menyediakan bekalan  api percuma  bagi pengguna yang menggunakan bekalan elektrik bawah RM20.00 bermula Oktober 2008 atas keperihatinan kerajaan yang mahukan rakyat menikmati terus bekalan rebet bagi penggunaan bawah RM 20 ini telah meneruskan agenda ”Tradisi Membela Rakyat” dengan meneruskan pemberian elektrik percuma sehingga bulan Disember 2010.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, YB Noriah Binti Kasnon berkata, pembentangan Bajet 2011 pemberian rebet ini diteruskan sehingga penghujung tahun 2011. Lebih dari 1.1 juta isi rumah seluruh Malaysia menikmati rebet ini dengan anggaran kerajaan membelanjakan hampir RM 450 juta sepanjang Oktober 2008 hingga Disember 2011 dan ianya diberikan secara adil, tanpa mengira kaum, etnik dan fahaman politik.

”Sebanyak 92, 027 isi rumah di Kelantan telah menikmati faedah pemberian bekalan letrik percuma bagi penggunaan bawah RM 20. Di dalam tempoh 22 bulan kerajaan Persekutuan Barisan Nasional melalui Tenaga Nasional Berhad telah membelanjakan RM 18,256,366.85. Di Parlimen Gua Musang sahaja rebet percuma melibatkan kos sebanyak RM 1,043,492.71

Di DUN Galas, dari 6,500 isi rumah yang menggunakan perkhidmatan TNB, sebanyak 1,438 isi rumah atau 45% rakyat Galas diberikan rebet penggunaan elektrik percuma dengan perbelanjaan dianggarkan sebanyak RM 20,622.40 sebulan dan sepanjang tempoh 22 bulan kos rebet yang diberikan oleh kerajaan Persekutuan Barisan Nasional di DUN Galas adalah sebanyak RM 453,692.48,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online.

Walaupun kerajaan negeri ditadbir oleh PAS, tetapi kerajaan Persekutuan Barisan Nasional meneruskan ’Tradisi membela Rakyat’ ini tanpa gembar gembur, tanpa menunjuk-nunjuk dan tanpa heboh-heboh kerana sejak 50 tahun yang lalu Kerajaan Barisan Nasional mengurus keperluan rakyat dengan penuh tanggung jawab.

”Melalui RMK 9, Kerajaan Kelantan diperuntukan sebanyak  RM 248,910.339 oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional bagi membolehkan rakyat Kelantan menikmati bekalan air bersih yang mencukupi walaupun Syarikat Bekalan Air Kelantan dikendalikan oleh Kerajaan Negeri. Jajahan Gua Musang misalnya  mempunyai 11,788 akaun dengan anggaran 60,000 pengguna, manakala DUN Galas sahaja terdapat 5908 akaun pengguna.

Oleh yang demikian, melalui bajet RMK 10, RM 5j telah diperuntukan untuk membaik pulih Loji Rawatan air Jajahan Gua Musang yang menyalurkan air terawat ke DUN Galas,” tambahnya.

”Rakyat Kelantan terutamanya di DUN Galas dan jajahan Gua  Musang sentiasa dihati, sentiasa diberi perhatian oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional. Pemberian Bekalan Elektrik percuma contohnya kepada yang layak diberikan tanpa mengira kaum dan  fahaman politik kerana konsep ”1 Malaysia, Rakyat Di Dahulukan, pencapaian diutamakan”  menjadi intipati perjuangan Kerajaan Barisan Nasional.

Kita mengharapkan rakyat Kelantan terutamanya di Galas menghargai perhatian ini. Untuk rakyat Malaysia khususnya saya menyeru supaya menghargai sumber tenaga elektik ini, teruskan amalan jimat tenaga elektrik supaya dapat menikmati subsidi percuma ini,”.

Lagi Berita