Mundaw Dayak Pertama Pangkat Jeneral

SIBU 1 Nov. – Stephen Mundaw, 52, mencatat satu sejarah dalam ketenteraan Malaysia apabila menjadi orang Dayak pertama berpangkat Jeneral.

Ia juga merupakan saat-saat manis buat Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd. Zin yang menyematkan pangkat Brigadier Jeneral kepada Mundaw di Kem Rejimen Renjer Diraja keenam di Jalan Ulu Oya di sini hari ini.

Zulkifeli berkata, Mundaw, yang berasal dari Sungai Melaban, Pakit di Bahagian Sri Aman, merupakan penuntut pertamanya dari Sekolah Latihan Tempur Tentera untuk mendapat pangkat itu.

“Saya bangga kerana ia berlaku semasa saya menjadi panglima tentera,” katanya kepada pemberita.

Kebiasaannya majlis ini diadakan di ibu pejabat tentera tetapi beliau memilih untuk diadakan di sini kerana kem ini merupakan tempat beliau ditukarkan buat pertama kali selepas mendapat pangkat leftenan muda dari Sekolah Latihan Pegawai Kadet Sebatang Karah di Port Dickson, katanya. – Bernama

Lagi Berita