Piala Malaysia Disambut Meriah Di Galas

Piala Malaysia Hok Kito

GUA MUSANG 1 Nov. – Pada jam 1.00 petang tadi bertempat di Dataran KESEDAR satu majlis ringkas di adakan bagi menyambut kepulangan Wira Wira Red Warrior pasukan Bolasepak Kelantan dengan di iringi Piala Malaysia yang telah di menangi mereka dalam perlawan Akhir pada Sabtu malam yang lalu.

Kepulangan mereka ini di sambut kira kira 5 ribu rakyat Galas yang mana sudah memenuhi perkarangan Dataran KESEDAR sejak jam 10 pagi lagi. Majlis berkenaan sepatutnya bermula pada jam 12.00 Tgh namun waktu program terpaksa di lanjutkan memandangkan Bas yang membawa Pasukan Red Warrior ini serta Piala Malaysia telah mengalami Kerosakkan di Bentong Pahang.

Walaupun kehadiran mereka para pejuang ini lewat seperti mana jadual, namun hadirin rakyat Galas sanggup menunggu di bawah bahang terik matahari bagi meraikan para pemain Bolasepak Kelantan dan juga ingin melihat secara dekat Piala Malaysia yang menjadi idaman semua rakyat Malaysia.

Sewaktu Piala Malaysia di arak sehinggalah di pertontonkan kepada rakyat Galas, tidak putus putus hadirin yang hadir mengambil kesempatan untuk menyentuh Piala Malaysia tersebut. malah ada juga di kalangan yang hadir mengucup Piala Malaysia dengan sorakkan dan kegumbiraan.

Kito Jogho

Tengku Razaleigh dalam ucapannya menyampaikan ucapan tahniah kepada para pahlawan Red Warrior atas kejayaan mereka membawa pulang Piala Malaysia ke negeri Kelantan Darul Naim ini. Kejayaan ini merupakan kejayaan semua rakyat Kelantan dan kita perlu mempertahankan Piala Malaysia ini di musim hadapan.

Tengku Razaleigh juga dalam pada itu turut menyatakan yang pasukan Kelantan semenjak di Kepalai oleh Tan Seri Annuar Musa maka banyak perubahan yang telah berjaya di lakukan. Ini lah tanda sikap jika kita rakyat inginkan perubahan dan kejayaan. Kita perlu berubah dengan maju ke hadapan dan keluar dari kepompong kemiskinan. Jangan kita biarkan kita terceruk di celah celah pembangunan kerana Pembangunan itu merupakan satu anjakan buat kita untuk terus maju.

Tan Seri Annuar Musa pula dalam Ucapannya menyatakan sejarah yang beliau alami sewaktu mengambil alih pengurusan Bolasepak Kelantan. Sebelum ini pasukan Kelantan berada di kedudukan tercorot dan hasil dari usaha dan bantuan dari UMNO maka sedikit demi sedikit pasukan Kelantan yang di bimbingnya meraih kejayaan satu persatu.

Para penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan juga kurang namun itulah perjuangan yang harus di tempuhinya satu persatu sehinggakan waktu ini negeri Kelantan lah satu satunya negeri yang mempunyai jumlah Penonton Bolasepak yang ramai tiap kali perlawanan di adakan di Stadium.

Lautan Manusia

Tan Seri Annuar Musa juga dalam waktu tadi membuka Rahsia besar yang mana Rakyat Kelantan harus tahu bahawa Dato Seri Najib merupakan penyokong utama Pasukan Red Warrior dan selama ini Dato Seri Najib telah banyak menyumbangkan Dana buat pasukan Kelantan. Lihat saja logo 1 Malaysia yang terdapat di Jersey pasukan Kelantan.

Tidak ada negeri lain yang menggunakannya ini kerana Ianya adalah Sumbangan Dato Seri Najib itu sendiri.

Tan Seri Annuar Musa juga memaklumkan kepada Rakyat yang hadir bahawa sepanjang kejohanan Piala Malaysia ini dan Piala Liga, UMNO banyak membantu dan sebelum perlawan Akhir Piala Malaysia di Bukit Jalil ini juga Badan Perhubungan UMNO Kelantan menyumbangkan RM100 Ribu buat Pasukan Bola Sepak Red Warrior ini.

Akhir ucapan Tan Seri Annuar Musa mengumumkan bahawa UMNO Kelantan akan meminta Dato Seri Najib untuk membina sebuah Stadium Bolasepak yang baru serba canggih di Kelantan ini bagi menggantikan Stadium yang telah lama dan Uzur itu.

Jasa dan pengorbanan UMNO amat besar buat pasukan RED WARRIOR ini. – papagomo

Lagi Berita