Pas Dicabar Nafikan Dakwaan Kes Khalwat Calonnya

GUA MUSANG, 2 Nov –  Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Bazlan Baharuddin hari ini mencabar Pas menafikan dakwaan kes khalwat yang membabitkan calonnya, Dr Zulkifli Mohamad.

Kata beliau pihaknya hairan jika sebelum ini Pas begitu lantang untuk mengambil tindakan terhadap dakwaan yang dilemparkan namun sehingga hari ini menikus walaupun beberapa blog terus menyiarkan dakwaan tersebut.

“Kita bukan nak menyerang peribadi tapi Pas kena nafikan…jika fitnah Pas patut ambil tindakan terhadap blog tersebut”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas sikap membisu Pas berhubung dakwaan khalwat tersebut.

Menerusi beberapa blog yang membuat liputan di sini terus mempertikaikan tindakan Pas yang menikus dari menjawab persoalan besar apakah benar calon mereka pernah ditangkap khalwat.

Malah kertas pertuduhan kes khalwat tersebut dikatakan telah dihilangkan dari Jabatan Agama Islam Kelantan.

Beberapa blog yang menyiarkan dakwaan kes khalwat ini juga nampaknya begitu yakin bahawa perkara itu memang satu kebenaran kerana Pas sehingga kini berdiam diri walaupun pada awalnya cukup garang member amaran untuk mengambil tindakan tegas.

Mengenai jentera pilihanraya BN menjelang hari pengundian 4 November ini, Bazlan berkata fokus jentera sudah pasti  untuk terus mendekati pengundi dan memastikan proses pengundian berjalan lancer.

“Ini masa kritikal….jentera  BN tidak boleh leka kerana pihak lawan hanya menunggu peluang.  Jentera kita mesti terus bekerja hingga jam terakhir pengundian.

“Kita mahu pastikan momentum gerak kerja kita yang positif ini diteruskan hingga jam 5 petang pada 4 November ini”, katanya. -MediaUMNO

Lagi Berita