Setiap Undi Penting Tentukan Kemenangan BN

GUA MUSANG,  2 Nov  –  Menjelang hari terakhir kempen, Barisan Nasional (BN) menganggap setiap undi penting bagi memastikan BN menang baik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas mahupun Parlimen Batu Sapi.

Justeru Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mahu jentera BN terus memberi  tumpuan hingga ke akhir proses pengundian 4 November ini.

“Dalam pilihanraya kecil di Galas dan Batu Sapi sebagaimana di semua pilihanraya kecil dan pilihanraya umum, kita anggap setiap pengundi dan setiap undi adalah penting…undi Melayu, undi Cina, undi India, undi Orang Asli, undi bumi Islam, undi bumi bukan Islam, undi pos, pengundi luar semuanya sama penting.

“Dalam pilihanraya kecil di Galas dan Batu Sapi sebagaimana di semua pilihanraya kecil dan pilihanraya umum, kita anggap setiap pengundi dan setiap undi adalah penting…undi Melayu, undi Cina, undi India, undi Orang Asli, undi bumi Islam, undi bumi bukan Islam, undi pos, pengundi luar semuanya sama penting.

Ini termasuk undi lelaki, undi wanita, undi veteran, undi orang muda semuanya sama penting…..undi orang kampung, undi orang bandar, undi orang miskin dan undi orang kaya”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini

Malah kata beliau lagi BN juga  menghargai setiap undi dan  seberapa banyak undi dari ahli dan penyokong UMNO, undi ahli PBS, UPKO, LDP, MCA, MIC, Gerakan termasuk  atas pagar.

Pada masa yang sama tambanya BN  juga inginkan undi penyokong Pas, SAPP, PKR, DAP di mana ada sebahagian daripada mereka mungkin tidak mahu keluar parti tapi percaya kepada kemampuan BN untuk membela nasib mereka di kawasan tersebut.

“Kita ambil iktibar BN kalah 65 undi di Manik Urai atau kemenangan tipis BN sebanyak 176 undi di Parlimen Sandakan.

“Jangan lupa  tahun 2005 hingga 2008, Pas hanya bertahan dengan satu kerusi di DUN di Kelantan dengan paling tipis ialah di DUN Kemuning, Machang  cuma dua undi.  Ini merupakan satu rekod dalam sejarah demokrasi dunia, undi paling tipis untuk memerintah sebuah negeri”, ujarnya.

Oleh kerana  itu tegas beliau kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak menjadikan prinsip mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian dijadikan tema Gagasan 1Malaysia.

Tambah beliau semua rakyat tanpa mengira kaum di mana juga mereka berada adalah semuanya penting semua perlu dibangunkan dengan prinsip adil dan merata sifatnya.

“Pada 4 November ini kita harapkan seberapa ramai keluar mengundi di Batu Sapi dan Galas, keluar untuk melaksanakan hak sebagai rakyat….pengundi luar pula pulanglah untuk pastikan pembangunan kawasan anda.

“ Kita mengharapkan pengundi memilih BN yang telah terbukti membela semua rakyat, membangunkan kota dan desa serta memastikan negara ini sentiasa aman, makmur, harmoni dan sejahtera untuk didiami oleh semua”, ujarnya. -MediaUMNO

Lagi Berita