Pilih BN, Tukar Kerajaan Negeri Pas – Tengku Razaleigh

GUA MUSANG, 1 Nov –  Rakyat harus menolak dan menukar kepimpinan kerajaan negeri Pas  jika inginkan pembangunan kerana kerajaan sekarang tidak mampu melaksanakannya walaupun sudah memerintah Kelantan melebihi daripada 20 tahun.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sejak Pas memerintah Kelantan tiada kemajuan yang dilakukan oleh merka malah kehidupan rakyat jauh berbeza jika dibandingkan dengan negeri yang berada di bawah kepimpinan Barisan Nasional.

“Jika kita mahu pembangunan, pemerintahan kerajaan (Kelantan) mesej yang jelas harus diberikan oleh pengundi di Galas  kerana pembangunan yang ada di sini dan Gua  Musang datang dari kerajaan pusat bukannya kerajaan Pas.

“Jika kita mahu pembangunan, pemerintahan kerajaan (Kelantan) mesej yang jelas harus diberikan oleh pengundi di Galas  kerana pembangunan yang ada di sini dan Gua  Musang datang dari kerajaan pusat bukannya kerajaan Pas.”

“Kalau mahu keadaan lebih baik, tukar kerajaan yang ada, lebih dari itu kita boleh bagi, taraf kehidupan rakyat pun akan bertambah baik,” katanya ketika bertemu dengan penduduk kaum Cina di Kampung Baru,Gua Musang.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya DUN Galas berkata, Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin lalu bukanlah projek segera kerana pilihan raya tetapi sudah lama oleh kerajaan pusat untuk penduduk Gua Musang.

“Itu bukan projek segera tetapi kebetulan Timbalan Perdana Menteri datang ke sini kerana pilihan raya, maka kita minta beliau rasmikan. Ini bukan projek sebab nak beli undi.

“ Saya sudah mohon lebih dari setahun dan kebetulan ia diluluskan semasa pilihan raya. Projek ini akan siap dalam tempoh setahun lapan bulan. Rumah yang sebuah berharga RM120,ooo ini hanya akan dijual dengan harga RM35,ooo. Orang susah pun boleh beli ,” katanya.

Menurutnya, pembangkang seperti biasa akan membuat pelbagai tohmahan termasuk mengatakan projek sebagai projek beli pilihan raya.

Beliau menasihat kepada penduduk Galas supaya menjaga hak milik tanah mereka kerana harga hartanah di Gua Musang akan meningkat kerana selepas ini lebih banyak pembangunan yang akan dibuat oleh kerajaan BN kerana tidak mahu Gua Musang terus ketinggalan.

“Saya akan terus berada di Gua Musang dan terus akan berada di sini. Saya akan bantu majukan Gua Musang. Apa saya cakap saya akan buat. Kilang juga akan dibina untuk orang muda dan orang muda tidak perlu keluar untuk cari kerja,” katanya.

Berhubung masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Baru Gua Musang, Tengku Razaleigh berkata perkara itu sukar untuk diatasi kerana pentadbiranya adalah Majlis Daerah Gua Musang  di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. – MediaUMNO.

Lagi Berita