Tok Pa Nyalakan Semangat Gelombang Merah Wanita

GUA MUSANG, 3 Nov – Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi kata-kata perangsang kepada Wanita Umno ketika melancarkan Gelombang Merah Wanita di Pusat Bandar Gua Musang, hari ini.

Mustapa  mahu Wanita berjuang sehingga ke akhirnya demi memastikan kemenangan Barisan Nasional.

Wanita Boleh! Terima kasih BN!’Tumbangkan PAS! Ini adalah antara slogan-slogan yang dijeritkan oleh Tok Pa dan ia disahut oleh hampir 500 orang ahli wanita yang kesemuanya memakai pakaian serba merah.

Sebelum itu, Ketua Wanita UMNO Gua Musang, Senator Datuk Wan Hazani Wan Mohd Nor berkata, beliau mahu Wanita memperhebatkan kempen menjelang hari pengundian esok. “Kita wanita boleh. Jangan tinggalkan kawasan mengundi sehingga semuanya selesai esok,” ujarnya.

Selepas itu, semua Wanita bergerak secara pecahan bagi mengedarkan risalah-risalah dan menjalankan kempen akhir sebelum hari mengundi. Walaupun hari hujan, Wanita tetap bersemangat meneruskan kempen demi memastikan Barisan Nasional meraih kemenangan di Galas.

Lagi Berita