ADUN Sekinchan Reka Cerita – Noh

KUALA LUMPUR 9 Nov – Tuduhan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim yang mendakwa dipukul serta ditumbuk oleh ahli UMNO adalah merupakan satu cerita yang sengaja diada-adakan olehnya untuk memburuk-burukkan UMNO.

Ketua UMNO Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar berkata, kejadian yang berlaku bermula dari sikap Adun itu sendiri bersama penyokong-penyokongnya yang membuat provokasi terhadap penduduk Kampung Sungai Burung.

“Tidak dinafikan, dia datang ke situ seorang diri, tetapi penyokong-penyokongnya kira-kira 30 hingga 40 orang sudah pun menunggu dan mula membuat kecoh apabila dia datang ke situ.

“Saya nak tanya, kalau dia kata dia nak datang minum kopi di situ, mengapa ada ramai penyokongnya yang menunggu, kemudian buat provokosi kepada penduduk kampung,” katanya.

“Saya nak tanya, kalau dia kata dia nak datang minum kopi di situ, mengapa ada ramai penyokongnya yang menunggu, kemudian buat provokosi kepada penduduk kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Adun Sekinchan yang mendakwa dirinya dipukul dan ditumbuk sehingga dimasuki ke hospital ketika ingin bertemu dengan penduduk di kawasan terbabit.

Noh Yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata sudah menjadi kelaziman kepada Dap, setiap kali musim padi mereka pasti akan membuat demonstrasi berhubung harga padi sedangkan perkara itu sudah diselesaikan.

“Orang kampung sebenarnya tidak puas hati dengan dia, dia sering timbulkan masalah, setiap kali musim padi, dia akan buat demonstrasi harga padi sedangan perkara itu sudah diselesaikan sebelum ini.

“Mengapa Dap nak buat demontrasi pada 4 hb (Nov), sedangkan wakil rakyat dan pegawai saya sudah pun bertemu dengan petani pada 30 hb (Okt) dan masalah harga padi sudah diselesaikan,” katanya.

Noh berkata, semenangnya sudah menjadi sikap pembangkang yang akan cuba membuat pelbagai kekecohan dan kemudiannya akan menuduh pihak lain sengaja menghalang apa yang ingin dilakukan.

“Kalau dari mula dia hormat undang, hormat polis, perkara ini  takkan berlaku, tak  kena pukul, mana ada orang pukul dia mungkin hanya terjentik sahaja, takkan sampai masuk hospital.

“Ini cara DAP, bila mereka langgar undang-undang mereka lupa, bila orang kampung pukul dia baru dia teringat negara ini ada undang-undang, sedangkan mereka yang mulakan dulu dengan membuat provokasi,” katanya.

Menurutnya, beliau sedia bertemu dan bersemuka dengan adun berkenaan untuk menceritakan keadaan sebenar dan jangan hanya pandai mereka-rekakan cerita hanya sekadar untuk mendapat publisiti.-  MediaUMNO.

Lagi Berita