Jangan Harap Anwar Berundur, Dunia Pun Dia Boleh Tipu Untuk Ke Putrajaya

KUALA LUMPUR, 9 Nov –  Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kassim berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan sesekali berundur dari jawatan selagi mimpinya untuk mendakap Putrajaya tidak tercapai.

Justeru beliau menyifatkan bidasan terbuka oleh Datuk Zaid Ibrahim, yang menggesa Anwar untuk berundur tidak lebih seperti “anjing menyalak bukit”.

“Bukit takkan runtuh… jangan harap Anwar berundur.  Kalau dunia pun dia (Anwar) boleh tipu untuk ke Putrajaya inikan pula Datuk Zaid yang pada Anwar hanya layak menjadi keldai tunggangannya.

“Anwar akan pergunakan semua orang untuk capai cita-cita peribadinya termasuk pemimpin DAP dan Pas”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi apa yang berlaku dalam PKR ketika ini memperlihatkan wajah huduh parti itu yang sebelum ini melemparkan pelbagai kutukan kepada UMNO.

“Dulu kata UMNO tak adil, tak demokratik, tak telus….sekarang dah kena batang hidung sendiri”, ujarnya.

Mengenai pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR pula beliau berkata Azmin Ali akan menang percuma.

“Ini taktik dan strategi Anwar dulu masa lawan Tun Ghaffar…pendekatan sama kini digunakan anak emasnya pula”, kata beliau. -MediaUMNO

Lagi Berita