PKR Umpama Parti “Tong Tahi”, Zaid Yang Perlu Keluar Bukan Anwar, Azmin

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Parti Keadilan Rakyat (PKR) umpama ‘tong tahi’ dan Datuk Zaid Ibrahim tidak akan mampu membersihkannya, demikian pandangan bekas pemimpin tertinggi PKR,  Zahid Mat Arip.

Justeru tegasnya daripada Zaid terus bergelumang dengan tahi, jalan terbaik adalah beliau keluar sahaja dari parti itu.

“Dia (Zaid) tak akan boleh ubah PKR.  Parti ini umpama ‘tong tahi’, dari dia suruh Anwar Ibrahim dan Azmin Ali keluar, baik dia saja yang keluar.

“Apa guna dia terus bergelumang dengan tahi.  Ini bukan tindakan orang yang bijak dan waras“, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan  Datuk Zaid Ibrahim hari ini yang terus membidas kepimpinan PKR dengan mencadangkan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib presidennya, Azmin Ali harus berundur.

“Anwar dan Azmin mesti berundur kerana mereka punca segala masalah,” kata Zaid.

Sebelum itu ketika mengulas kemelut pemilihan PKR yang menyaksikan kecelaruan dalam pengiraan undi jawatan Timbalan Presiden PKR, Zahid yang juga bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan berkata beliau sedikit pun tidak terkejut dengan perubahan tersebut kerana baginya Azmin adalah pakar matematik.

Jelas beliau sebagai pakar matematik sudah pasti Azmin sudah mengajar Setiausaha Agung PKR cara untuk membuat perkiraan.

“Hakikatnya Azmin dalam apa keadaan pun campur, tolak, kali, bahagi dia tetap untung.  Orang bergaduh pun dia untung, orang baling kerusi pun dia untung, orang hidup pun dia untung malah orang mati pun dia untung”, katanya.

Tegas beliau lagi sifir PKR mudah dalam apa keadaan pun perkiraan mesti pastikan Azmin menang dalam merebut jawatan timbalan presiden parti.

“Walaupun undi Azmin kurang pihak setiausaha agung kena buat kiraan Azmin menang.  Ini adalah arahan Anwar Ibrahim, sebagai lembu yang dicucuk hidung setiausaha agung, Saifuddin hanya ikut arahan dan laksanakan tugas saja”, ujarnya.

Keadilan bagi Anwar kata beliau lagi ialah hanya untuk untungkan dia dan kelompok dia sahaja. -MediaUMNO

Lagi Berita