Misi Kemanusiaan Pemuda BN Curah Khidmat Bantu Mangsa Banjir

ALOR STAR, 11 Nov Lebih dari 1000  orang  sukarelawan Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada Pemuda UMNO dengan kerjasama Kelab Putra 1 Malaysia turun padang bagi membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kedah dan sekitarnya, membersihkan rumah-rumah mangsa  banjir yang terlibat.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar  yang mengetuai gotong royong di daerah Alor Star berkata, misi ini dilaksanakan bagi meringankan beban mangsa banjir untuk mengemas dan membasuh rumah selain membantu membersihkan sekolah surau, masjid, balai raya, dan sebagainya.

Menurut beliau, misi tersebut adalah bantuan  tambahan bagi membantu sukarelawan yang telah pun berada di sana sebelum ini.

“Apa yang kami perhatikan, banyak rumah rumah  bangunan-bangunan awam belum dibersihkan dan keadaannya amat kotor dan  menyedihkan,justeru misi bantuan Sukarelawan BN diharapkan dapat meringangkan beban mereka yang terlibat bagi membersihkan rumah mangsa  di kawasan masing-masing “ katanya ketika ditemui di sini pagi kelmarin.

Menurut Jamawi yang exco angkat kepada Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Alor Star, sukarelawan Pemuda BN juga berterima kasih  atas kerjasama Kelab Putra 1 Malaysia yang diketuai oleh Datuk Abdul Aziz Rahim bersama anggotanya juga masyarakat setempat yang prihatin menjalankan misi bantuan ini

Tambah Jamawi bantuan yang diberikan itu tidak akan mengira ideologi politik, agama dan kaum dimana bagi sukarelawan Pemuda BN, kesempatan turun padang ini juga dimanfaatkan untuk berinteraksi dengan masyarakat setempat.

Dalam perkembangan yang sama Jawawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Tenom meminta penduduk yang terjejas dengan masalah banjir ini agar sentiasa mengutamakan aspek kebersihan

Katanya, pelbagai penyakit bawaan ekoran masalah banjir mudah merebak oleh itu  katanya, mereka perlu berwaspada dan sentiasa mengutamakan aspek kebersihan dalam pemakanan dan juga persekitaran bagi mengelakkan kesihatan mereka terjejas.

Sementara itu  rata-rata penduduk yang ditemui melahirkan rasa syukur serta terima kasih mereka atas keprihatinan Sukarelawan Pemuda BN yang sanggup turun padang bukan sahaja membantu semasa mereka dilanda banjir namun turut membantu membersihkan kawasan dan rumah masing-masing selepas banjir  beransur-ansur pulih.

“Kita terharu dan menyanjung tinggi pergorbanan serta  bantuan  yang diberikan BN ini, jika tidak sudah pesti kami akan menghadapi kepayahan serta kesukaran untuk membersihkan rumah-rumah kami dimana kami juga amat dukacita dengan sikap  kerajaan negeri di bawah pentabiran Pas yang gagal memainkan peranan yang lebih  efektif bagi membantu kami” jelas seorang penduduk .

Bagi seorang warga OKU Jaafar Osman kedatangan Sukarelawan Pemuda BN membersihkan rumahnya merupakan satu pertolongan yang sukar dilupakan, dimana menurut beliau tanpa kedatangan sukarelawan Pemuda BN ini sudah tentu  bagi beliau  dari golongan OKU menghadapi kesukaran  untuk membersihkan rumahnya. -MediaUMNO

Lagi Berita